Saturday, June 12, 2010

Les Blue itu Bukan Tajuk Cerita Blue


Perlawanan kedua World Cup berlangsung dengan lebih meriah berbanding perlawanan pertama. Banyak juga kita boleh tengok permainan hujung ke hujung (end to end). Kalau Wann tak faham permainan hujung ke hujung ni berlaku apabila pemain tak henti-henti berlari dari mengejar bola. Nampak menarik dan tidak bosan.

Gua cuma kurang puas hati dengan Gourcoff. Dapat saja bola pada dia, semua orang bolehlah bersila dan order nasi lemak Mak Limah yang dijual berdekatan. Kerja nak torpedo ja. Kalau on target tak apalah. Ni sampai pecah tingkap rumah Mak Limah yang tinggal berdekatan. Haram tak masuk gol.

No 8 tu la Gourcoff. Pemain lain tak ada sebab leka makan nasi lemak Mak Limah.


Yang menjadi Forlan. Biasalah ex-MU ni, masa main di Old Trafford macam anak kuda, sekarang dah macam kuda Ferrari aku tengok. Malangnya Suarez gagal main dengan bagus.

Dah ada Sagna pun dia boleh sepak lagi. Gila dewa alam keramat hebat!

Diaby juga bermain dengan bagus. Gila. Bola macam melekat kat lutut. Kalau tengok pakai Astro B.Yond mungkin betul-betul nampak bola melekat di lutut. Sagna jangan cakap lah. Itu dah memang idola gua.
Sagna. Rambut stailo, bibir seksi.

Oh. Ada kad merah. Tangkap nanges gak mamat tu bila kena. Gay. (tipu)

Pastu mamat tu nangis wa cakap lu.

Overall banyak passing tapi kurang try yang menarik. Agak membosankan.


Man of the Match : DIEGO FORLAN

Fin.

1 comment: