Monday, June 21, 2010

Minggu Senyap Jerman

Minggu yang senyap bagi kem Jerman dikala dititik Serbia 1-0. Lusa 3rd match. Game penentuan. Macam mana pun kena menang. Tolong jangan bagi penalti pada Ghana lagi. Tak kan semua game pun nak bagi gol suap untuk Ghana.

Oh ya, jangan guna pengadil yang sama juga. Suka sangat main kad. Dem.

Klose tak ada match depan. Remote kontrol Jabulani gua kasi dekat Khedira. Dari jauh kontrol bola Podolski masuk gol.


"Tahun ni gua berpeluang pegang remot kontrol, gua memang besar hati." - Khedira


Minggu ni Podolski kena dera dengan menonton replay videoclip sepakan penalti dari Ghana. Asamoah Gyan dengan giannya menyepak gol penalti. Mudah bukan? Jerman ada Jabulani bai, Jabulani! 3 kali try pun tak masuk gawang gol. Penalti pun penjaga gol boleh predict? Berdarah mata Podolski minggu ni.

Nak suruh Podolski tengok videoclip gameplay Torres. Tapi Torres pun tak score lagi. Tak apalah, tunggu Torres score gol dulu baru tengok ramai-ramai. Anelka kalau nak tengok juga pun boleh.


Tiup bola masuk gol. Sila kurangkan amalan ini.


Tahun ni punya Piala Dunia, skuad negara-negara legend banyak kecundang kepada pasukan bawah-anjing. Gua pun tak tau kenapa, gua rasa saja nak buat kelainan. Tapi Jerman boleh lagi teruskan tradisi nenek moyang. Masih ada sinar harapan.

Sepanyol masih boleh cuba. Torres tak kena kad merah lagi. Perancis.. Memang cis betul. Depa memang malas nak main. Katanya awek Afrika Selatan tak romantik macam awek di Perancis. Semua pakat-pakat nak balik awal.

Kepada pemain England yang kini hidup dalam buangan, boleh ke pejabat jabatan pendaftaran negara Jerman, kami menerima kemasukan anda ke skuad Jerman untuk match 4 tahun lagi. Oh ya, Green boleh pergi masuk Cameroon. Ada kekosongan disana.

Itali. No komen. Belanda.. Belanda ada imuniti. Tak boleh dihanjeng untuk minggu ni.

Dem.


Tak ada motif.



cut.

3 comments:

say- O said...

tunggu saja malam ni, torres akan tunjuk kat podolski camnba nak skor.

Nazrin Saad said...

xyah tunjuk kt podolski,
tunjuk kat villa dulu.

say- O said...

torres masih x sharp. damn.