Friday, June 18, 2010

Abang Deutschland di Depan.

Hari ni gua tengok match Jerman kat mapley. Kuar ngan Fatin ngan Nazrin. Saja nak tengok, dah hari tu menang besar ngan Australia, 4-0 la kan? So, mau tak mau kena tengok jugak calon hangat champion world cup ni.

Sampai je mapley, terus gua amik nasi putih+kuah campur+ ayam KFChicklen 1 dan duduk. Sambil layan2 makan ngan tengok bola, gua perasan kat depan gua ada sorang brader badan besar (ismeth ngan aku pun kalah), pakai sweater DEUTSCHLAND.

At last gua nampak jugak fan Jerman yang berani menunjukkan kenegaraan angkatnya.

Layan match tu.

Jerman attack, attack, attack seolah2 ada Hitler tengah bagi ceramah anti- Yahudi kat stadium tu. Nasib baik bukan lawan Israel, tidak ka dan menangis Benayoun kat situ. Tapi Klose memang x reti nak jaga kaki. Slide salah, dapat 2nd yellow. Kena kad merah.

Abang deutschland garu kepala sikit.

minit 38, Serbia skor. Gua, Fatin ngan Nazrin memang jerit umpama mendapat berita UKM bagi duit free sejuta kat pelajar2 sekalian. Gila ecstacy.

Abang Deutscland mula silang tangan.

Masuk second half, Jerman bermula garang. Serbia mendefend cam malas. Bodoh Serbia. Tiru la camana Switzerland defend dulu, bongok.Seperti ramalan MakSu aku (peminat tegar ManU ni), Vidic telah berkelakuan bodoh. Bodoh yang amat sangat. Gara2 terlalu minat pada patung Helang besar di Langkawi ketika melancong ke sana setahun yang lalu, beliau telah meniru gaya burung helang terbang mengembangkan kepaknya.

Jerman dapat penalti. Vidic kena yellow card. Boleh lagi Vidic senyum. Entah mungkin sengaja, senang sikit alasan Ferguson nak jual dia pergi Real Madrid nanti. Lukas Podolski ambik position.

Abang Deutschland menjenguh kepala ke hadapan sikit.

Podolski sepak ke kiri gol. Keeper jatuh ke kiri gol. Satu mapley bersorak. Bola muntah ke kiri. Sorang player Jerman cuba rembat, sorang defender block dengan bergayanya. Gua, Fatin n Nazrin bersorak gila.

Abang Deutschland menundukkan kepala.

Mad datang, sekali ngan Opah dan sape tah. Entah macamna meja kami SAHAJA yang penyokong Serbia. Yang lain? senyap bila Jerman kena counter berkali-kali. Hairan gua. X da fan England, Argentina, Italy, France, Spain, Holland, Ivory Coast, Jepun kah di situ? Semua orang lain nak Jerman menang ke?

Bunyi wisel penamat, match habis. Gua dah mula mikir nak tulis ape kat blog. Gua memang happy gila. Sebab selama ni kem Jerman yang bising lebih. Kali ni konpem mereka diam 5 hari. Waktu orang ramai bergerak pulang, gua nampak

Abang Deutschland bangun pergi dengan wajah muram sambil di-consolate oleh rakannya.

Takpe brader, gua paham. Gua dah sedih dulu. Gua lagi teruk, siap kena kutuk direcy ngan pakcik mana tah. "yang pakai jersey spain boley balik dulu kot, takda pa dah spain. pasing ja lebih, shot haram tak reti." Memang panas gua. Tapi kali ni gua tak kutuk personal, gua cuma sorak seronok bila Serbia menang.

Rasanya yang kat Alor Staq tu pakai baju deutschland jugak ke time tengok match?

3 comments:

Unknown said...

hahahaha terbaik!!!

mikhaelahmad said...

abang deutshland ada time game england. tapi dia dah tak pakai baju tu r. segan kot.

say- O said...

yes mad, aku ada nampak. dia depan aku. mesti dah tukar, segan sket tu..