Saturday, June 12, 2010

Kump B Round 1 - Team Fatin, PJS, Mamat Greek, Kanu

KUMPULAN B


Game ni bookie gua tak minat nak teka pun. Damn. Dah seri dua game first, game ni gua rasa mesti dapat rating rendah.

Greece bukan saja terkenal dengan movie Clash of the Titans, tapi juga kerana ia adalah negara yang pernah menjadi juara Piala Eropah 2004. Jurulatih Greece juga merupakan jurulatih tertua dan paling lama berkhidmat di dalam kempen World Cup tahun ni. Dari segi taktikal, Greece merupakan pasukan yang suka bertahan dan menggunakan peluang set piece untuk menjaringkan gol. Damn. Wann mesti tak faham.

Korea Selatan pula bagi gua adalah pasukan yang paling berpotensi dari Asia. Terdiri dari pemain muda dan Park Ji Sung (PJS), pasukan ini adalah pasukan yang agak stabil dari segi pertahanan dan serangan. Sepanyol pun ambil masa lama untuk memecahkan pertahanan Korea. Seperti kata pepatah, biarlah nampak gangster, janji Korea ada taman (Park).

Dari segi taktikal Greece, gua rasa game ni pasti membosankan juga. Gua harap PJS fit, so ada point gua nak ngata.

Kata Bookie : Korea menang 1-0


Ni antara game yang ditunggu. Ada live di RTM. Astro sudah tentu. Gua rasa Fatin dah terngiur menanti kelibat Messi. Sementara aku, hanya mau melihat Kanu. Google image kalau tak kenal.

Argentina adalah fevret. Itu sudah pasti. Ada saja si katek, Messi itu untuk mengubah suasana dan menjaringkan gol. Jurulatih Argentina, Armando, adalah pemain terbaik sepanjang zaman. Duhhh. Tapi adakah dia mampu menjadi jurulatih yang bagus. Penyerang pun dia bawa sampai 6. Macam Paan main Football Manager.

Nigeria juga adalah pasukan yang pantas. Kanu, Yobo, Aiyegbeni adalah nama yang tidak asing dalam bola sepak antarabangsa. Tapi dah lama juga Nigeria menjadi pasukan anjing bawahan dalam mana-mana tournament. Setelah gagal layak ke World Cup 2006, adakah kali ni mereka mampu merubah situasi? (Sambil nyanyi lagu Situasi)

Aku expect game ni menjadi game yang agak kurang bosan berbanding game yang sebelumnya. Apatah lagi lepas ni game England. Mat mesti dah gelabah. Dengar cerita, bini-bini pemain England semua kena pakai cawat besi. Takut jumpa Terry. Damn. Tak ada kaitan dengan Argentina.

Kata Bookie : Argentina menang 2-0

palie adalah bookie rasmi piala dunia 2010
Fin.

1 comment:

mikhaelahmad said...

lu puji match ni sebab ada Henry kan? kan? hahaha

aku tengok France macam main zonal mark. lepas tu, bila dapat bola, kelam kabut, nak gentel bola ke nak pass.

Uruguay better sikit. kalau suarez jadi pagi tadi, memang tapau juge France.

Kesimpulan, dua-dua match aku tengok first half full. masuk seken half aku dah mengantuk, maka-nya aku terus main poker. cilaka. nasib baik ada poker.