Thursday, June 24, 2010

Cilaka

Pada pembaca yang tegar, gua mohon maaf tahap dewata sama korang sebab 2 matchday tak buat review. Biasa-biasakan lah ye, sebab gua dalam proses hijrah sekarang ni. So sangat kurang mood untuk buat review. Lagipun untuk group A dan B gua dah awal-awal bajet siapa boleh masuk. Cilaka betul.

Semalam Group C dengan D saja sangat menarik. Sudahnya England, USA, Jerman dan Ghana ke pusingan kedua. Tolak benua Australia rasanya kita dah cukup semua benua ye tak. Cilaka betul. 2006 haram sebuah negara Asia tak layak.

Diam tak diam gua rasa semua negara Amerika Selatan boleh ke 2nd round. Cilaka betul. Harap Fabregas main 1st team lawan Chile sebab gua tak rasa Chile dengan mudah boleh kalah. Chile berada di atas Argentinda dan Uruguay masa kelayakan dan keduanya dah layak tanpa kalah dan hanya bolos 1 gol. Cilaka kan?

Buat die hard Holland, gua mohon maaf juga sebab jarang update kem. Biasalah kalau dah layak awal macam Argentina hari tu rasa bosan pulak. Nak tulis banyak orang kata berlagak pula. Dah dekat seminggu layak, gua dengar-dengar van Marjwik ajar Robben, Snejder main polo ja masa training.

Tak payah hantar Dr Rozmey bagi motivasi bagai kan? Malam ni Holland lawan Cameroon la pulak.

1 dah layak, 1 lagi dah terkeluar. Gua expect Holland main biasa-biasa saja. Jadi jangan expect serangan berantai dari kami.

Apa-apapun Holland menang 9-0. Kalau kalah pun tak kisah kerna sila ulang bersama-sama. Kami sudah layak!

Fin.

No comments: