Oh. Gua tak buat preview ke? Maaf la. Semalam sibuk berpesta dengan Robben, Snejder dan Elia sebab jadi pasukan pertama layak ke pusingan kedua.
SVK VS PAR

Kem Amerika Selatan memang langkah kanan kali ni. Uruguay, Argentina hanya tinggal 1 mata saja untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Dan setiap negara Amerika Selatan tidak pernah kalah lagi dalam kempen Piala Dunia kali ini. Langkah kanan. Begitu juga Paraguay. Selepas melihat perlawanan ini, pasukan yang terlemah di dalam kumpulan jelas sekali adalah Slovakia. Mereka tidak punya ketahanan mental seperti mana Itali dan New Zealand walaupun punya pemain berbakat seperti Hamsik dan Skrtel. Sudahnya mereka ditapau Paraguay dengan mudah.
Kata Bookie : Seri 0-0
Keputusan Perlawanan : Paraguay menang 2-0
ITA VS NZL

Perlawanan ibarat anak ikan lawan bapak ikan. Ramai yang menjangka New Zealand akan dititik oleh Itali kerana New Zealand bukanlah kuat mana pun. Dengan Australia pun tak boleh pergi, ye dak? Sudahnya kem Itali pulang hampa. Malas cakap banyak. Mungkin salah Lippi tidak membawa Giuseppe the ex MU Rossi bersama. Kerana kita sudah tengok betapa ramai pemain ex MU yang cemerlang di World Cup ini. (Forlan in specific)
Kata Bookie : Itali menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Seri 1-1
BRA VS CIV

Wah, konon pasukan terbaik Amerika Selatan melawan pasukan terbaik Afrika. Berjayakah Brazil meneruskan prestasi baik pasukan Amerika Selatan yang semuanya menang pada perlawanan kedua kumpulan masing-masing? Sudah tentu. Tanpa Ronaldinho, Ronaldo, skuad Brazil dianggap sama rata. Tiada star, semua pemain bola. Dan mereka bermain sebagai 1 pasukan. Gol kedua mungkin double hand ball, tapi gol pertama dan ketiga adalah klasik gol Brazil. Seronok meraikan kem angkat gua ke pusingan kedua. Aih, pandai pula gua memilih kem kan derr? Sepanyol apa cer esok?
Kata Bookie : Seri 1-1
Keputusan Perlawanan : Brazil menang 3-1
2 comments:
ni jawapannya: sepanyol menang 6-0 nanti. tunggu dan lihat.
2-0 dah cukup.
nice game, aku nk tgk chile layak.
aku pn nk tgk spain layak.
so mintak2 honduras seri dgn swiss.
Post a Comment