Tuesday, June 15, 2010

Ulasan #4

Masuk ni, baru tiga kali aku tulis review game, tapi aku dah rasa semput semacam. Penat juga tulis panjang-panjang. Untuk menyahut seruan bookie, maka aku, wakil dari kem England, mengambil keputusan untuk buat review sesimpel mungkin. Gua nak buat elaborasi dalam bentuk poin.

Dutch Lady 2 - o Danish Cookies
  • Aku rasa nak sokong Danish Cookies, sebab aku tak suka sangat susu.
  • Tapi, bila fikir balik, ayam belanda dekat subway sedap juga.
  • Dan bila aku tengok match ni, aku rasa bersyukur sebab tak sokong mana-mana.
Honda City 1 - Cameroon Highland
  • Setelah menonton perlawanan ni dengan khusyuk dan tawadhuk, aku dah buat hipotesis bahawa, player dekat sini semua dah lupa ni world cup ke friendlies.
  • Masing-masing guna strategi bawak bola dekat kotak penalti, lepas tu buat magik. "Bola sekejap di kaki saya, sekejap di kaki mereka. yeay!"
Italy 1 - 1 Para-para-guay
  • Hipotesis diterima!
  • Aku rasa diorang ni ecing-ecing lupa diorang main kelab ke main negara. "Eh, kau kelab aku ke nok? Nah bola. Eh nok, tapi kenapa jersi kau lain?". Pass semua cantik, tapi bagi entah sapa-sapa. (Mira, 2010)
ENtri ini tidak bergambar. Internet di rumah aku menghampakan hari ni.

Oh, selamat datang kem Jerman. Moga-moga ceria sikit le perang kem.

No comments: