Sunday, June 20, 2010

Belanda dah Layak! England Bila Lagi??

NED VS JAP


Tak ada yang expect game ni akan jad attacking football. Dengan taktikal 5-man midfield dan zonal marking yang agak berdisiplin oleh Jepun pada perlawanan pertama, gua dah boleh jangka Jepun akan main defensif dan Belanda terpaksa adopt dengan patient passing untuk memecahkan formasi pasukan Jepun. Bukan senang sebab Jepun adalah pasukan yang paling berdisiplin setakat ini. Tapi tak ada hal lah, sms Snejder semasa separuh masa pertama sebelum dia menjaringkan gol dan melayakkan Belanda ke pusingan kedua. Tak apalah 1 gol ja, game Jerman semalam pun 1 gol juga ye dak? Ada orang tanya mana 6-0? Ni dia. Point Belanda sekarang 6. Point Sepanyol sekarang 0. 6-0.

Kata Bookie : Belanda menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Belanda menang 1-0

MAN OF THE MATCH : WESLEY SNEJDER

GHA VS AUS


Perlawanan yang jauh lagi untuk menentukan tempat ke pusingan kedua. Disebabkan kekalahan pasukan fevret kumpulan semalam, kumpulan ini dah jadi siapa-siapa pun boleh layak macam kumpulan England. Menang, Australia akan berkongsi 3 mata dengan semua pasukan dalam kumpulan ini. Tapi entah kenapa, macam ada voodoo pula. Semua pasukan macam nak saja bagi penalti pada Ghana. Dah dua game dah ni. Jerman kena jaga-jaga lah lepas ni. Asamoah Gyan lain sikit dengan Podolski. Dia sepak masuk gawang.

Kata Bookie : Ghana menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Seri 1-1

MAN OF THE MATCH : ASAMOAH GYAN

CAM VS DEN


Perlawanan kurang menarik kumpulan E. Kedua pasukan perlu menang. Terutamanya Cameroon. Kalah dalam perlawanan ini, Cameroon akan terkeluar terus dari World Cup. Tapi menang untuk Denmark akan mengesahkan tempat pusingan kedua kepada pasukan Belanda. Well semua orang dah tau keputusan perlawanan. Rasa sayang juga tak tengok, ramai veteran 2002 yang menjadi idola gua dulu seperti Rommedahl dan Tomasson.

Kata Bookie : Denmark menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Belanda menang 2-1

MAN OF THE MATCH : DANIEL AGGER

Fin.

4 comments:

say- O said...

esok sepanyol menang 6-0

arifpaan said...

yeah.. xsabaq nak tgk tu.. haha

mikhaelahmad said...

england sama italy tengah packing barang. ready siap-siap nak balik awal.

Nazrin Saad said...

aiseh, naseb booking bilik kt hotel sampai 12 julai.