Sunday, June 13, 2010

Ulasan hari #2

Lepas lepak bilik Nazrin Hall tadi pagi, baru aku tersedar yang takde satu pun kem yang pernah buat ulasan melainkan bookie, yang kelihatannya menghanjeng aku secara berterusan. Oleh sebab aku menetap di kem England, dan kem England adalah kem yang paling entusiastik dan berkaliber, maka aku akan berusaha untuk membuat ulasan harian. Oh, untuk memperingati jasa Tun Dr M yang menaungi PWPO*, aku bercadang nak buat ulasan style dia je.


Republik Korea 2 - 0 Greece
  1. Sedikit tersasar dari ramalan bookie, Republik Korea menang bergaya ke atas Greece. Kemenangan pertama dalam kejohanan kali ini.
  2. Bookie meramalkan kemenangan Republik Korea dengan jaringan 1-0. Berdasarkan ayat terakhir bookie, dia jangka 1 gol mungkin sebab ada Taman dalam pasukan Korea. Apa yang bookie terlupa nak consider ialah, ada 2 Taman dalam Korea. Sebab tu diorang dapat bubuh 2 gol.
Salah satu Taman dalam Korea yang berjaya digelar 'Lelaki dari Perlawanan'



Argentina 1 - 0 Nigeria

  1. Perlawanan yang agak mendebarkan. Penuh dengan larian serangan yang ganas dan menyerlah dari kedua-dua pasukan. Pengulas sendiri hampir terkena serangan jantung tatkala menonton perlawanan yang agung ini.
  2. Ok, aku tipu. Aku sempat taip blog kursus khas untuk Wann, makan nasi, habiskan 1 episod Gintama, selang seli tukar channel MTV dengan [V] Channel.
  3. Secara keseluruhannya, aku dapati Nigeria kekurangan seorang pemain - Nistelrooy.
Cubaan si katik tua untuk merasuah kekasih gelap Fatin



England 1 - 1 Negara Terrorist
  1. Aku malas nak cakap banyak, aku nak quote Iker Casillas:
    "England adalah pasukan yang kuat, kecuali di bahagian penjaga gawang."
Ini bukan 'Lelaki dari Perlawanan'

Sekian sahaja dari kem England. Akhir kata, sila jangan support Go Green. Illuminati je semua tu.

*Perdana World Peace Organization. jangan kata lu orang tak tahu menatang ni.