Friday, June 11, 2010

Kump A - Round 1 : Ex MU, adik Vela dan Hernandez, serta negara kegemaran Fatin (Afrika)

Jeng! Jeng! Piala Dunia datang lagi. Malam ini dalam pukul 10 perlawanan pertama peringkat kumpulan akan berlangsung. Gua akan menjadi komentator tanpa bias anda. Okay. Mungkin bias jika perlawanan melibatkan Wayne 'the rude bald' Rooney dan Belanda.

KUMPULAN A

Perlawanan pertama peringkat kumpulan dibuka dengan tuan rumah, Afrika Selatan melayan Mexico. Semua orang tahu di dalam sejarah Piala Dunia tidak ada pasukan tuan rumah yang tidak layak ke peringkat kalah mati. Tidak pernah dalam sejarah.

Setelah menjahanamkan skuad Brazil pada tahun 2006 Perreira pulang bergaya dengan memimpin skuad Afrika Selatan pula. Diulang. Bergaya. Gua kurang pasti, rasanya Perreira baru dilantik semula menjadi jurulatih baru-baru ini juga. Cuma bezanya kali ini Perreira ada unbeaten streak. Walhal itu tak perlu dibanggakan sangat kerna beliau hanya menjadi jurulatih dalam 8 perlawanan atau lebih sikit.

Mexico pula hampir dijahanamkan oleh Eriksson selepas 2006. Nasib baik Javier Aguirre datang menyelamatkan kempen kelayakan Mexico yang pada ketika itu berada di bawah Honduras. Kedatangan Aguirre telah menaikkan Mexico dan menjadikannya negara CONCACAF pertama layak ke Piala Dunia. Suck it, Eriksson. (Adik kecil jangan baca.)

Gua bajet dua skuad ni punya peluang cerah ke pusingan kalah mati. Satu sebab alasan tuan rumah. Mexico pula berada dalam form terbaik dalam sejarah setelah mengalahkan Itali dan kalah nasib dengan England tempoh hari.

Kata Bookie : Seri 1-1

Perlawanan kedua peringkat kumpulan melibatkan dua bekas juara Piala Dunia. Dua negara yang sinonim dengan Liverpool. Hanya tinggal kenangan.

Perancis memulakan dan mengakhiri kempen kelayakan dengan goyah. Pemain kacak no 12 bukan lagi terkenal dengan gol cantik menarik tertarik tapi tangan Tuhan versi French pada perlawanan play-off menentang Ireland. Bahkan Henry bukan lagi menjadi first choice Domenech untuk menjadi penyerang sebaliknya sekarang tumpuan pada Anelka yang suka merajuk.

Uruguay mungkin pasukan bawah-anjing (underdog) dalam kumpulan ini. Ya. Tapi penyerang negara ini adalah penyerang utama kelab masing-masing di Eropah. Forlan. Siapa tak kenal? Ex MU dan suka menjaringkan gol menentang Liverpool. Namun, nama yang hangat sekarang adalah Luis Suarez. Suarez menjaringkan errr, banyak gol bersama Ajax musim ini. Ajax menjadi naib johan Eredivisie dengan lebih seratus jaringan gol. Dengan gandingan mereka, agak kurang mustahil Perancis dibolosi lagi setelah kalah dengan negara yang Fatin melawat hari tu, China.

Gua bajet Perancis akan struggle dan key match Perancis adalah ini. Perancis mesti menang. Begitu juga dengan Uruguay. Barangsiapa yang menang punya peluang cerah untuk ke pusingan kalah mati.

Kata Bookie :Uruguay menang 2-0

p/s : Perancis konfirm menang, kalau tak menang tak tahulah. (Palie, 2010)

palie adalah bookie rasmi piala dunia 2010.

Fin

5 comments:

Unknown said...

cet. mana aci sume nak bahan gua ni!!!!

Nazrin Saad said...

kalo gua tulis ja bahan lu.
hahahahaha, gua ada bahan mat jugak dalam ni tp secara halus.

lu gua bahan secara direct.
baru ada kepelbagaian. baru 1malaysia.

Unknown said...

cibs~

mikhaelahmad said...

lu tag pun macam cilaka kan? hahaha. tunggu gua kumpul informasi nak bahan lu pule.

Unknown said...

naz yg bahan lu, wa yg kena...ahaha
so lepas ni wa xde nak jaga hati ah. agaga~