Tuesday, June 15, 2010

Kump H - Espana bkn Itali, Cabai, Swiss, Honduras

KUMPULAN H


Honduras dan Chile.

Honduras adalah pasukan bawah anjing yang ketara. Malah dilabel sesetengah pihak sebagai pasukan yang paling teruk dalam kempen Piala Dunia. Namun berjaya mengalahkan Mexico dalam kempen kelayakan bukan calang-calang. Dan Honduras adalah negara yang ada pemain EPL!

Chile atau cabai dalam bahasa Melayu klasik juga agak kurang dikenali selepas zaman Marcelo Salas. Ketiga dalam kempen kelayakan Amerika Selatan, Chile pasti tidak kurang hebatnya dengan serangan oleh Humberto Suazo.

Susah mahu meramal.

Kata Bookie : Chile menang 1-0


Sepanyol dan Switzerland. Kesian Say O lambat tunggu.

Sepanyol fevret. Titik.

Switzerland bukan lagi pasukan yang dulu. Pasukan pertama dalam sejarah yang terkeluar walaupun tidak dibolosi dalam pusingan kedua. For sure Switzerland akan dihanjeng Sepanyol bukan?

Kata Bookie : Sepanyol menang 2-0

p/s : review 2nd game group stage akan dibuat lebih simple. sebab gua dah tak ada idea nak menganjeng.

No comments: