Thursday, June 17, 2010

Hari ini sejarah berulang.


Menunggu 6 hari, sampai jugak masanya. Spain lawan Switzerland. Team faveret lawan team apa ni? Team calon juara world cup lawan team pemeriah world cup.

Spain mula ngan selamba. Cool, rilek je control ball. Setakat one- two passes, x da hal. Main celah2 je passing bola. Swiss x da peluang nak pegang bola pun, try apatah lagi la. Chances belunggok. Villa, Iniesta, Alonso, Xavi, Silva, Pique. Semua x masuk.

Sekali counter, Spain bolos 1. Bab*. Puyol!! apasal senang sangat nak bolos?? Spain steady balik. Spain serang lagi, masuk Torres pulak. Tapi sah2 nampak x sharp. 2, 3 kali jugak la dapat situation yang kalau kat Liverpool memang dah skor. Alonso try volley, kena palang. Damn!!!

Sepanjang match tu, pakcik kat belakang tak habis2 menganjeng. "ah camni ke calon wc champion?", "spain main je lawa, skor tak reti", "penyokong2 spain boleh balik la, x payah tengok dah. konpem kalah." Celaka. Dah la aku sorang je yang pakai baju Spain. Memang ujian kesabaran level tertinggi betul.

Masuk minit 75, satu lagi kaunter simple one-two yang senang gila diorang lepas. Wei Puyol Pique!! Hangpa ni defender Barca ka? Awat defend cam haram?? Nasib baik kali ni tiang sebelah Casillas pulak yang save.

Macam2 Spain try. Kiri, kanan, tengah, change side, bola tinggi, through pass semua langgar dinding dalam kotak penalti. Damn.. Lepas ni sapa2 yang lawan Spain (juga Barca) boleh la buat skill parking bas depan gol. Paling kurang dapat draw. Paling bagus dapat skor counter.

Match habis. Well, hari ni sejarah berulang. Total control but loser in the end. Nampak muka player2 Spain frust gila.

The exact same expression shown when they unexpectedly lose to USA in the Confederation Cup.

Tu tak tengok muka aku lagi.

Come on la Spain..attack aku rasa dah ok. Defend tu. Gila senang tembus kena counter. Kalau camni la defend, memang harapan la nak lepas grouping. Sebab? Honduras ngan Chile konpem akan buat taktikal sama. Park bas depan gol. Pastu harap kat counter.

Vicente Del Bosque, please fix your team's defence. Then encourage them to shoot when the time is right!! Not ambitiously try to do some spectacular goals/passes.

Sekarang ni, aku hanya mampu berharap.Lupakan mimpi2 indah itu. No more dreams of WC champions. No more imaginary tasty clash with Brazil.

Concentrate. At least lepas grouping.

2 comments:

Unknown said...

shot on target berlambak spain buat. golnya tak jugak.

say- O said...

susah nak gol bila 10 orang semayang jemaah depan gol.