Wednesday, June 30, 2010

This Time It's For Real!

Kali ni memang best.

Balik dari PD, terus tido, bangun dan g tengok match paling penting. Spain vs Portugal, live on Astro 2.30 am. Hahahahahahah! Memang berdebar. Cover paper semua tunjuk muka Torres ngan Ronaldo. Cait, dari awal aku agak, Torres tak meletup dalam match ni. Ronaldo pun sama. No space for him.

And how right am I.

Match semalam, Torres ada buat 2,3 try yang dangerous. Cukup untuk tunjuk yang "Gua still bahaya, jangan main2." Villa macam biasa, one word to describe him. Sharp. 5 dari 7 shots on target. Satu gol. GOL yang LAWA build up dia. "Offside reff!!" jerit fan portugal meja sebelah aku. Offside ke? marginal gila.

Aku ngaku dia lagi sharp dari Torres. At least dalam team Spain

Ronaldo semalam kembali ke nama jolokan asalnya. Ronaldo flop-in-big-matches. Haram tak nampak dia threatening langsung semalam. Harap satu free kick je yang bahaya. Nasib baik jugak la. Sumpah risau Spain kena counter semalam. Sebab apa aku risau?

Muka biasa Ronaldo bila kalah

Sebab Portugal main EVERY MAN BEHIND THE BALL. Meaning- semua orang defend, x da sorang pun yang kat atas.

Gila la Portugal..patutla clean sheet banyak..

Spain macam typical Spain, atau yang tak kenal Spain boleh refer ngan Barca. Attack, control, composure, skills, patient, silky football, silky challenges. Patutla ada orang kata Spanish guys are romantic. Baru aku faham..

Dan bila bukak FB bila habis match..ada kata Spain main boring, attack pun tak, tak berani nak attack, gentel bola je lebih, x pandai cari lubang..

Aiya, yang cakap tu buta ke? atau saja membutakan hati?

Mana2 team yang lawan Spain memang aku expect akan main defend gila. Kalo boleh buat macam Portugal, biar semua orang defend. Bila dah defend gila babi camtu,.

Camna ko nak expect Spain untuk main counter macam German ngan Brazil?

Camna ko nak expect Spain untuk score banyak gila?

Camna ko nak expect Spain cari lubang untuk killer pass? Yang mana probability untuk kantoi ada dan 3,4 kali gak la Spain kantoi semalam dan kena counter2 bahaya time 1st half.

Still x paham? Tengok Barca. Semua yang lawan diorang buat cam Portugal main, defend nak mati. Man U, Chelsea, Inter, semua buat benda sama. Yang berani main attack hanya Arsenal. Hasilnya? Kena bantai teruk gila kat Nou Camp season lepas. 4-1 oleh Messi. And it could be more. See?

Messi, best footballer in the world. No doubt

Apapun, aku sronok Spain menang. Lepas ni nak lawan Paraguay. Memang kena perform lagi. Sebab diorang mesti main defend jugak. Memang stress, tapi apakan daya?

Tuesday, June 29, 2010

Demam

Tengok Belanda dan Brazil main semalam, gua rasa nak demam. Hari ni gua dah demam.

Damn.

Belanda main macam pelakon porn saja. Tak ada telo, tak adventur langsung.

Risau tunggu main dengan Brazil nanti. Kalau main macam semalam, memang kena titik lah.

Kalau teruk Belanda kena titik dengan Brazil memang gua bersara la jadi kommentator kem Belanda.

Fin.

Monday, June 28, 2010

Bukan Nganjeng

Entri ni gua dah prepare mau tulis bila England menang, tapi sangkut juga. Damn. Gua tulis juga lah.

Gua tengok England dengan Jerman ni ibarat pertembungan 2 generasi pulak.

Gua saspek kalau pertembungan pengalaman memang teruk budak-budak Jerman ni kena. Paling tua skuad Jerman adalah Jorg Butt yang berumur 36 tahun diikuti Klose, 32 tahun dan Friedrich, 31 tahun. Yang lain semua 20-an.

England?

James sahaja dah berumur 39 tahun. Paling muda Aaron Lennon yang sebaya dengan gua.

Jadi tak ada sebab untuk England kalah disebabkan pengalaman mengatasi segalanya. Gua sering dinganjeng sebegini semasa menyokong Arsenal.

Sudahnya?

Semua orang tahu result Eng vs Jer.

p/s : bundesliga spend a lot more money for their youth academy compared to premier league (commentator game, 2010)

Sunday, June 27, 2010

Gua predict untuk first half ja.

Dengan ini, aku dari kem England ingin memanjatkan kesyukuran, kerana di atas limpah kurnia-Nya, aku tak jadi tengok bola dekat luar, sekaligus menyebabkan aku terpaksa menonton Human Target di TV3.

Lepas ni, boleh lah Rooney balik rumah, main ping pong dengan anak beliau. Caya-lah Rooney, persembahan lu memang terbaik. Selamat kembali ke tanah air.

Prakata German VS Engand.

Toksah cakap banyak, gua ramal match malam ni berkesudahan dengan 2-1.

Lu orang nak dalil bekap, bukak sokkernet. internet rumah gua kurang berkaliber. gua jadi lemau nak bahan German lebih-lebih.

Friday, June 25, 2010

Ensiklopedia...Wait for it...Wait for it...


..Bola!!!!

Well, semalam gua tengok Belanda dengan ensiklopedia bola. Cilaka betul. Semua benda dia nak ulas. Dari zaman World Cup 2002 lagi. Dah la nama Jose Luis Chilavert pun tak ingat. Lepas tu nak bising-bising nganjeng Tahir pula.

Well, brader, KAMI BENCI ENSIKLOPEDIA BOLA DI AL FAREEZ! Orang mau tengok Belanda vs Cameroon, bukan nak tau mana-mana penjaga gol yang boleh ambil free kick! WTF!! Nak ja gua suruh lu diam, tapi gua takut lu cederakan Fatin ja semalam.

Okay.

Pengetahuan bola sepak gua dan Say O rasanya sama atau lebih dari lu bro. Gua kenal skuad Cameroon dan Belanda sama saja macam lu. Tapi tak ada pula gua bising-bising buat tau yang Huntelaar tu ex Ajax Amsterdam yang masa tahun 2006 adalah top scorer Eredivisie tapi tak dipilih oleh van Basten sebab dah banyak striker.

Gua tak pula bising-bising Rigobert Song tu pakcik kepada Alex Song dan dah main dengan Cameroon sejak World Cup 1994 atau 1998 gitu.

Gua pun baca soccernet.com bai. Gua siap bookmark lagi.

Bising pasal Dennis Bergkamp sibuk nak jadi jurulatih Arsenal pula. Dah la salah info. Bai, Arsene nak ambil Bergkamp jadi coaching staff, bukan manager.

Dude, kata ensiklopedia!!! Tak tahu buat tahu dan bising sepanjang jalan!

Ini mesej gua dengan Fatin untuk lu. Tak banyak. 4 perkataan saja.

SHUT THE HELL UP!!

Fin.


It's now or never.

Italy dah balik, France dah sampai rumah rasanya. England mula rasa diorang boley beat anyone dengan menang teruk haritu.

Malam ni, malam penentuan. Abaikan kata orang. Biar bahaya mana pun Chile, just play at your full potential.


Viva Espana!

Karma!! Karma!! Karma!!



Merujuk pada entri gua yang berjudul Karma, sesiapa yang belum baca sila baca. Gua ulang tagline gua pada entri tersebut.

Karma. What you give you get back.

Penghabisan entri tersebut, gua bertanya apa karma yang bakal melanda Itali? Gua suruh Itali tunggu. Dan setelah mereka tunggu dengan penuh kesabaran, mereka telah kalah berhemah di kaki budak-budak Slovakia 2-3.

Nasib baik dalam blog ni tak ada peminat tegar Itali. Kalau tak sudah habis dicerca pada malam ni.

Forza Italia!!! Hidup Robert Vittek!

p/s : header baru nampak lagi kacak bukan? tinggal Sepanyol saja lepas ni. amacam?

akan diupdate...

Fin.

Thursday, June 24, 2010

Cilaka

Pada pembaca yang tegar, gua mohon maaf tahap dewata sama korang sebab 2 matchday tak buat review. Biasa-biasakan lah ye, sebab gua dalam proses hijrah sekarang ni. So sangat kurang mood untuk buat review. Lagipun untuk group A dan B gua dah awal-awal bajet siapa boleh masuk. Cilaka betul.

Semalam Group C dengan D saja sangat menarik. Sudahnya England, USA, Jerman dan Ghana ke pusingan kedua. Tolak benua Australia rasanya kita dah cukup semua benua ye tak. Cilaka betul. 2006 haram sebuah negara Asia tak layak.

Diam tak diam gua rasa semua negara Amerika Selatan boleh ke 2nd round. Cilaka betul. Harap Fabregas main 1st team lawan Chile sebab gua tak rasa Chile dengan mudah boleh kalah. Chile berada di atas Argentinda dan Uruguay masa kelayakan dan keduanya dah layak tanpa kalah dan hanya bolos 1 gol. Cilaka kan?

Buat die hard Holland, gua mohon maaf juga sebab jarang update kem. Biasalah kalau dah layak awal macam Argentina hari tu rasa bosan pulak. Nak tulis banyak orang kata berlagak pula. Dah dekat seminggu layak, gua dengar-dengar van Marjwik ajar Robben, Snejder main polo ja masa training.

Tak payah hantar Dr Rozmey bagi motivasi bagai kan? Malam ni Holland lawan Cameroon la pulak.

1 dah layak, 1 lagi dah terkeluar. Gua expect Holland main biasa-biasa saja. Jadi jangan expect serangan berantai dari kami.

Apa-apapun Holland menang 9-0. Kalau kalah pun tak kisah kerna sila ulang bersama-sama. Kami sudah layak!

Fin.

Wednesday, June 23, 2010

Rooney Oi! Rooney Oi!

Permintaan gua tak banyak, gua cuma mintak lu hatrik. Itu saja.

Lu pun ada bekap besar dekat situ, winger paling artis dalam sejarah sukan tanah air kita. Kalau lu stil main carut-carut atas padang tapi tak nak skor, memang gua rejam lembing je dekat lu.



So, jangan lupa miscall gua lepas match habis - kalau lu menang, kalau tak, gua tak kenal lu.

u/p: Peter Crouch

Karma


Tak boleh tidur. Jadi update blog lah. Hahahaha.

Bercakap pasal karma semasa di Supremo Donut and Coffee, Say O baru saja mengherdik Perancis kerana mereka masuk ke Piala Dunia hasil jaringan gol tidak sah dan akhirnya terkeluar tanpa menang apa-apa perlawanan setelah merangkul naib johan dalam Piala Dunia 06.

Itulah Karma. What you give, you get back.

Tapi bercakap pasal karma, masih banyak lagi karma di dalam Piala Dunia. Ada yang bagus ada juga yang tidak.

Piala Dunia 2002, final group match Italy vs Mexico. Setelah mengetahui Croatia sedang dititik oleh Ecuador, maka kedua pasukan hanya bermain passing bodoh saja. Sebab? Mereka akan layak dengan seri dan mereka hanya akan menentang USA dan Korea Selatan di 2nd round. Tak ada masalah kalau nombor 1 atau 2. Gaya permainan ini dikutuk oleh commentator pada masa itu.

"This is digracing. People dont pay to watch this type of football."

Hasilnya? Mexico ditapau oleh USA yang pada masa tu bukan kuasa besar bola sepak. Itali pula kalah kontroversi dengan Korea Selatan. Karma.

Bercakap pasal Korea Selatan. Mereka menang kontroversi dengan Itali dan Sepanyol pada masa itu. Menang dengan Sepanyol selepas 2 gol sepanyol dibatalkan. Sah sebenarnya.

Karmanya? Piala Dunia 06, mereka dititik oleh Perancis yang jaringan gol pada ketika itu disahkan offside oleh linesman tapi disahkan oleh pengadil, menimbulkan keraguan di kalangan pemain.

Ini untuk Itali. Piala Dunia 06 menentang Australia. Grosso dipercayai dive ketika mendapatkan last minit penalti yang mengesahkan tempat ke suku akhir. Tapi kali itu mereka menang Piala Dunia. Skandal Materazzi-Zidane jangan cakap lah.

Jadi Itali, just wait for your own very karma!!!

Fin.

Tuesday, June 22, 2010

Pasukan Pertama Pilihanku


Gua bukan penyokong tegar Le Oranje. Gua sebenatnya meminati pasukan Perancis pasca-Domenech. Pasukan Perancis yang diketuai Zizou. Bagi gua dia legend. Dia telah memenangsi semua yang boleh dimenangi dalam bola sepak. Legend.

Sekarang? Everybody hate Raymond.

Gua juga mungkin minat Spain dan Argentina. Tapi dalam konteks persiapan blog, gua terpaksa mengambil Belanda kerana kem Argie dan Sepanyol dah dicop. Tak ada hal. Memang gua minat Cruyff, van Basten, Gullit, Rijkard dan Dennis the Flying Dutchman Bergkamp.

Namun, percaya atau tidak pasukan pertama yang gua minat semasa dalam Piala Dunia adalah pasukan yang mengalahkan Belanda semasa 3rd place placing dalam France 98, dan pasukan yang telah menyebabkan England gagal ke Euro 08. Malah, ia adalah jersi negara pertama yang gua beli. Di City Point Alor Setar semasa form 5.

Kamu teka dengan tepat. Croatia.

Kenapa gua minat dengan Croatia? Mudah. Sebab France 98.

Croatia pada masa tu baru saja berpecah dengan Yugoslavia, masih lagi terumbang ambing dari segi politik dan mereka masuk ke Piala Dunia 98 buat pertama kali sebagai negara merdeka.

Bagi menambahkan rasa romantik pasukan ini dalam Piala Dunia 98, mereka telah berjaya mengalahkan JERMAN, ya, JERMAN dalam suku akhir (mereka telah mengulangi pencapaian ini dalam Euro 2008). Jerman adalah negara yang pernah menjajah negara kecil ini.

Sudahnya mereka terkeluar juga akibat 2 jaringan Lilian Thuram. FYI, itu saja gol yang Thuram pernah skor sepanjang dalam karier dengan Perancis.

Dan Davor Suker telah memenangi Golden Boot dengan 6 gol dan mendapat perpindahan ke Arsenal untuk bermain di samping Bergkamp dan Vieira pada masa tu.


Itu Golden Generation Croatia mungkin. Suker, adik beradik Kovac.

FYI juga, walaupun gagal ke pusingan kedua Piala Dunia 2002, Croatia telah mengalahkan Itali dalam proses.

Semua orang tak pandang negara ini sebagai pencabar, tapi hakikatnya Modric, Kranjcar, Klasnic, Eduardo semua adalah generasi baru bagi negara ini. Piala Dunia kali ni mungkin kurang bernasib baik kerana sekumpulan dengan encik England yang menyapu bersih kelayakan.


Euro 2012 dan Piala Dunia 2014, Croatia akan kembali.

1998, setelah BARU merdeka Croatia masuk ranking FIFA dalam nombor top 50 mungkin. Sekarang, mereka berada dalam Top 10 walaupun tidak ke Piala Dunia.

Malaysia bila lagi?

Fin.

Update Kem England

Dikhabarkan dari kem England, seorang pakar motivasi telah diambil sebagai langkah untuk membuka kunci penghalang psikologi yang telah menghalang para pemain dari menjaringkan gol menentang Algeria.

Adapun identiti pakar motivasi itu telah dikenali sebagai Christian Lattazio, paparazi kami berjaya mendapatkan scoop ekslusif apabila berjaya dikhabarkan Wayne Rooney telah memberitahu seorang lagi pakar motivasi dari Malaysia telah diimport khas untuk membantu kem England.

Identiti pakar motivasi dari Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya, namun beberapa pihak telah menuding jari pada individu ini.


source : soccernet.com

Post Mortem

Pagi ni waktu tido, tetiba aku rasa roh aku keluar dari jasad, melayang jauh hingga ke.. North West University Sports Village in Pochefstrom, South Africa!! Gila, aku dah jadi macam James True dalam novel faveret aku Nobody True.

novel feveret insan bernama Say-0

Sedang aku melayang menembusi dinding, melepasi pak gad, entah camana aku termasuk dalam bilik meeting spain. OMG!! Satu team Spain ada kat dalam. Semua duduk tengah tunggu somebody. Nampak yang happy Reina, sronok sembang ngan Villa. Torres moody sorang2. Yang lain ok je.

3 minit lepas tu Vicente Del Bosque masuk. Tanpa memanjang pengenalan pagi, dia terus buka video match lawan Honduras semalam.

"Kali ni jom kita muhasabah diri sama2"

Semua player fokus tengok video tu. Sampai satu part, dia pause kejap video tu.

"Villa, goal yang hang skor tu memang bagus, tahniah. Tapi lepas tu hang banyak buat decision silap. Banyak teammate yang lagi free hang tak pass. Ingat, team play is key to success. Tapi penalti tu hang patut skor."

senyum 2.2 sebab miss penalti

Villa senyum kambing sorang2. Yang lain masih berwajah serious.

Pastu video sampai part Torres wasting chances. Banyak gila. Tap- in, header, basic shooting, one- on -one, semua x menjadi. Semua orang usya Torres. "Damn, segan bai", bisik Torres kat Alonso yang duduk sebelah dia. Alonso gelak kecil je. Reina, Arbeloa senyum je.

"Torres, aku tau hang tak fit lagi tapi hang ni world class striker wei. 3 tahun hang kat Liverpool, 3 tahun penuh dengan gol2 gila. Ni 3 peluang simple pun tak masuk? pasaipa ni?"

Suasana jadi tegang. Vicente usya Torres lama2, macam cikgu tengah marah student tak siap homework. Pastu dia nampak Alonso pegang cap Liverpool, sambil jari menunjuk2 kat lambang Liverpool tu. Vicente dapat apa yang Alonso cuba sampaikan.

"Oh hang main teruk sebab saja nak bagi team2 yang nak beli hang tu ubah fikiran la? Sebab hang memang loyal ngan Liverpool?"

Torres tunduk diam membisu.

"Bro, ingat bro, ni world cup. Bila lagi hang nak meletop? pasai Liverpool tu hang berkeghah nak stay sudah..yang penting hang skor! Match lawan Chile nanti aku nak hang hat-trick, boley dak?"

"Boley bos."

i belong to Liverpool, not Rafa

Pastu video highlight diteruskan, ada beberapa bahagian yang aku nampak muka Vicente berkerut2.

"Defence. Puyol, Pique ngan Capdevilla. Awat hangpa 3 ni senang sangat bolos ngan simple one-two pass hah? Keras sikit! Semangat sikit nak marking players!! Dah lupa ka match Switzerland haritu? Nak bolos gol lagi ka?"

"2nd half. Main dah malas. Memang la nak control game. Tapi bila ada peluang nak counter, counter la betui2. Bila ada clear chances, shoot la. Ni duk passing lebih2, bukan dapat point extra pun. Fabregas, hang memang main baguih kemarin. Keep it up."

Fabregas ngan muka control gila, "tima kasih bos." Jesus Navas dah tarik muka jeles.

"ok, stakat ni post mortem kita. pi tukaq baju training, pastu teruih geghak p padang. hari ni tema latihan 'taking chances'. Defence aku nak buat special training. Torres, hang tunggu sat. Aku dah panggil dr. Fadzilah Kamsah mai daghi Malaysia. Nak up sket hang punya confidence level"

Diterbangkan khas dari Malaysia, untukmu Torres

Habis semua beredar, aku rasa jasad apunganku berat sekali. Pandangan semakin kabur..dan akhirnya aku terbaring di atas katil dalam bilik K2D 204.

Haha, puas dan lega hati aku.

Viva Espana!

Untuk hati patah yang ditinggalkan pergi

"Pasukan yang kalah pada perlawanan pertama biasanya akan pergi ke final"
-Raul Albiol-

---

Dah, gua dah kasi quote membina untuk kem Sepanyol. Gua nak carik quote yang boleh menyokong fatwa bahawa England dapat lepas peringkat kumpulan.

Uno, Dos, Tres!!

POR VS PRK


Setelah melekehkan Brazil pada perlawanan pertama, kami berpendapat perlawanan ini pasti akan menjadi sengit. Apatah lagi dengan sifat Portugal yang malu-malu untuk menjaringkan gol. Kami sangka paling banyak pun Portugal boleh menang 3. Sekali nah, ambik. Teruk negara komunis ni kena titik. Sesekali gua tengok orang Korea gua kesian pula. Tapi gua lagi takut tengok penyerang Portugal. Setiap kali naik, Korea kena titik. Kesian encik penjaga gol yang memakai track suit. Pasti beliau down. Sila jangan tembak Portugal dengan bom nuklear kelak. Thanks.

Kata Bookie : Portugal menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Portugal menang 7-0

MAN OF THE MATCH : CRISTIANO RONALDO

CHI VS SUI


Perlawanan yang menarik. Gua tengok perlawanan ni dengan pakcik fanatik. Serius ini perlawanan paling lively yang gua tengok. Kredit to mikhaelahmad. Barangsiapa yang menang game ini hanya perlu seri game yang terakhir untuk layak ke pusingan kedua. Gua tak tengok Behrami kena kad merah. Tapi gua tengok serangan counter Chile yang menarik. Kalau kaki tak pengkaq ibarat kata pakcik pelakon drama di sebelah, mesti dapat skor lagi banyak. Sudahnya Chile meneruskan kegemilangan pasukan Amerika Selatan yang masih lagi gagal untuk kalah mana-mana perlawanan.

Kata Bookie : Chile menang 1-0
Keputusan perlawanan : Chile menang 1-0

MAN OF THE MATCH : MARK GONZALEZ

ESP VS HON


Game yang dipredict oleh Say O akan berakhir dengan skorline 6-0. Tak dapat la den nak nolongnya. Kalau tak keranan Welcome, mungkin pasti bolos juga Casillas. Tapi kalau tak kerana badi Podolski yang hinggap pada Villa, sudah Tres dah Villa. Tres. Sudahnya Sepanyol perlu menang menentang Chile untuk layak di samping Chile atau Switzerland. Jika kalah atau seri, mereka perlu berdoa Switzerland gagal mengalahkan Honduras. Ya, Honduras adalah pasukan dalam WC10 yang masih gagal menjaringkan gol di samping Perancis dan sudah sah terkeluar. Senang cakap semua orang expect Honduras kena titik dengan Switzerland nanti. Kalau Sepanyol tak menang dengan Chile, maka........ Dan Say O, walau menang 3-0 sekalipun ianya tak akan mengubah fakta Sepanyol masih perlu menang menentang Chile.

Kata Bookie : Sepanyol menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Sepanyol menang 2-0

MAN OF THE MATCH : DAVID VILLA

Monday, June 21, 2010

Masih Aku Terasa.

(Sila on lagu Masih Aku Terasa by Gersang sambil baca post ni)

Mana hilangnya gol?

Selalu je kalau team faveret kalah match first, orang semua kata mamposla,.x da harapan la..macam2 lagi. Lerr, tu baru match first. Ada 2 lagi bai. England draw 2 game relax je. Italy draw 2 kali jugak. Jerman pun kalah satu.. Memang membara semangat ni.. Kekalahan hari tu

Masih aku terasa..

Mencari ketenangan

Hari ni Spain main pukul 2.30 pagi. Semua orang menanti2 gawang Spain bolos lagi. Aku bajet Casillas mesti dah madi bunga petang tadi. Sebab dalam hati dia, dia berbisik "cis, biarpun satu je gol yang lepas, gol hudoh pulak tu, tapi.."

Masih aku terasa..

No more wasted chances.

Hari ni kononnya Villa akan partner ngan Torres kat depan. Torres nekad nak bagi definition nightmare yang telus pada defender Honduras malam ni. Semalam waktu Torres nak tido, mesti dia ada flashback balik game Swiss tu. "Cis, kalau aku fit, memang aku dah score haritu. Takpe, esok ada lagi match super penting.Kena rest baik2, fokus......tapi kekalahan hari tu

Masih aku terasa..

_____________________________________________________

Hari ni aku nak tengok Spain. Nak tengok Spain menang 4-0 and above. Ah!! 1-0 pun ok gak la. Janji 3 points. Aku nak tengok Spain menang. Aku nak tengok Spain run the midfield. Aku nak tengok Torres & Villa berpesta kat depan gol. Aku nak tengok Puyol & Pique tak bagi can langsung kat Honduras. Aku nak tengok Casillas x beraksi sangat.

Aku nak tengok Spain menang.

Sebab kekalahan hari tu masih aku terasa.

Masih Aku Terasa.

Minggu Senyap Jerman

Minggu yang senyap bagi kem Jerman dikala dititik Serbia 1-0. Lusa 3rd match. Game penentuan. Macam mana pun kena menang. Tolong jangan bagi penalti pada Ghana lagi. Tak kan semua game pun nak bagi gol suap untuk Ghana.

Oh ya, jangan guna pengadil yang sama juga. Suka sangat main kad. Dem.

Klose tak ada match depan. Remote kontrol Jabulani gua kasi dekat Khedira. Dari jauh kontrol bola Podolski masuk gol.


"Tahun ni gua berpeluang pegang remot kontrol, gua memang besar hati." - Khedira


Minggu ni Podolski kena dera dengan menonton replay videoclip sepakan penalti dari Ghana. Asamoah Gyan dengan giannya menyepak gol penalti. Mudah bukan? Jerman ada Jabulani bai, Jabulani! 3 kali try pun tak masuk gawang gol. Penalti pun penjaga gol boleh predict? Berdarah mata Podolski minggu ni.

Nak suruh Podolski tengok videoclip gameplay Torres. Tapi Torres pun tak score lagi. Tak apalah, tunggu Torres score gol dulu baru tengok ramai-ramai. Anelka kalau nak tengok juga pun boleh.


Tiup bola masuk gol. Sila kurangkan amalan ini.


Tahun ni punya Piala Dunia, skuad negara-negara legend banyak kecundang kepada pasukan bawah-anjing. Gua pun tak tau kenapa, gua rasa saja nak buat kelainan. Tapi Jerman boleh lagi teruskan tradisi nenek moyang. Masih ada sinar harapan.

Sepanyol masih boleh cuba. Torres tak kena kad merah lagi. Perancis.. Memang cis betul. Depa memang malas nak main. Katanya awek Afrika Selatan tak romantik macam awek di Perancis. Semua pakat-pakat nak balik awal.

Kepada pemain England yang kini hidup dalam buangan, boleh ke pejabat jabatan pendaftaran negara Jerman, kami menerima kemasukan anda ke skuad Jerman untuk match 4 tahun lagi. Oh ya, Green boleh pergi masuk Cameroon. Ada kekosongan disana.

Itali. No komen. Belanda.. Belanda ada imuniti. Tak boleh dihanjeng untuk minggu ni.

Dem.


Tak ada motif.



cut.

Ada Juga Teman Belanda


Oh. Gua tak buat preview ke? Maaf la. Semalam sibuk berpesta dengan Robben, Snejder dan Elia sebab jadi pasukan pertama layak ke pusingan kedua.

SVK VS PAR


Kem Amerika Selatan memang langkah kanan kali ni. Uruguay, Argentina hanya tinggal 1 mata saja untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Dan setiap negara Amerika Selatan tidak pernah kalah lagi dalam kempen Piala Dunia kali ini. Langkah kanan. Begitu juga Paraguay. Selepas melihat perlawanan ini, pasukan yang terlemah di dalam kumpulan jelas sekali adalah Slovakia. Mereka tidak punya ketahanan mental seperti mana Itali dan New Zealand walaupun punya pemain berbakat seperti Hamsik dan Skrtel. Sudahnya mereka ditapau Paraguay dengan mudah.

Kata Bookie : Seri 0-0
Keputusan Perlawanan : Paraguay menang 2-0

MAN OF THE MATCH : ENRIQUE VERA

ITA VS NZL


Perlawanan ibarat anak ikan lawan bapak ikan. Ramai yang menjangka New Zealand akan dititik oleh Itali kerana New Zealand bukanlah kuat mana pun. Dengan Australia pun tak boleh pergi, ye dak? Sudahnya kem Itali pulang hampa. Malas cakap banyak. Mungkin salah Lippi tidak membawa Giuseppe the ex MU Rossi bersama. Kerana kita sudah tengok betapa ramai pemain ex MU yang cemerlang di World Cup ini. (Forlan in specific)

Kata Bookie : Itali menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Seri 1-1

MAN OF THE MATCH : DANIELE DE ROSSI

BRA VS CIV


Wah, konon pasukan terbaik Amerika Selatan melawan pasukan terbaik Afrika. Berjayakah Brazil meneruskan prestasi baik pasukan Amerika Selatan yang semuanya menang pada perlawanan kedua kumpulan masing-masing? Sudah tentu. Tanpa Ronaldinho, Ronaldo, skuad Brazil dianggap sama rata. Tiada star, semua pemain bola. Dan mereka bermain sebagai 1 pasukan. Gol kedua mungkin double hand ball, tapi gol pertama dan ketiga adalah klasik gol Brazil. Seronok meraikan kem angkat gua ke pusingan kedua. Aih, pandai pula gua memilih kem kan derr? Sepanyol apa cer esok?

Kata Bookie : Seri 1-1
Keputusan Perlawanan : Brazil menang 3-1

MAN OF THE MATCH : LUIS FABIANO

Fin.

Ala, Droggy je pon

Memandangkan wakil dari kem Brazil tengah sibuk mencari jalan mudah untuk *ehem eheeem*, maka, gua dari kem *tuuut* dengan rela hati membuat sedikit preview game Brazil - Ivory Coast.

Hari tu, Droggy tak berapa nak style. So, gua rasa kali ni dia mungkin perform tip top sikit. Start season baru nanti boleh eksyen dengan Lampard. So, gua predict match ini berakhir dengan jumlah jaringan 2 - 1 untuk Brazil, 1 untuk Eboue.

Sekian.

Sunday, June 20, 2010

Belanda dah Layak! England Bila Lagi??

NED VS JAP


Tak ada yang expect game ni akan jad attacking football. Dengan taktikal 5-man midfield dan zonal marking yang agak berdisiplin oleh Jepun pada perlawanan pertama, gua dah boleh jangka Jepun akan main defensif dan Belanda terpaksa adopt dengan patient passing untuk memecahkan formasi pasukan Jepun. Bukan senang sebab Jepun adalah pasukan yang paling berdisiplin setakat ini. Tapi tak ada hal lah, sms Snejder semasa separuh masa pertama sebelum dia menjaringkan gol dan melayakkan Belanda ke pusingan kedua. Tak apalah 1 gol ja, game Jerman semalam pun 1 gol juga ye dak? Ada orang tanya mana 6-0? Ni dia. Point Belanda sekarang 6. Point Sepanyol sekarang 0. 6-0.

Kata Bookie : Belanda menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Belanda menang 1-0

MAN OF THE MATCH : WESLEY SNEJDER

GHA VS AUS


Perlawanan yang jauh lagi untuk menentukan tempat ke pusingan kedua. Disebabkan kekalahan pasukan fevret kumpulan semalam, kumpulan ini dah jadi siapa-siapa pun boleh layak macam kumpulan England. Menang, Australia akan berkongsi 3 mata dengan semua pasukan dalam kumpulan ini. Tapi entah kenapa, macam ada voodoo pula. Semua pasukan macam nak saja bagi penalti pada Ghana. Dah dua game dah ni. Jerman kena jaga-jaga lah lepas ni. Asamoah Gyan lain sikit dengan Podolski. Dia sepak masuk gawang.

Kata Bookie : Ghana menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Seri 1-1

MAN OF THE MATCH : ASAMOAH GYAN

CAM VS DEN


Perlawanan kurang menarik kumpulan E. Kedua pasukan perlu menang. Terutamanya Cameroon. Kalah dalam perlawanan ini, Cameroon akan terkeluar terus dari World Cup. Tapi menang untuk Denmark akan mengesahkan tempat pusingan kedua kepada pasukan Belanda. Well semua orang dah tau keputusan perlawanan. Rasa sayang juga tak tengok, ramai veteran 2002 yang menjadi idola gua dulu seperti Rommedahl dan Tomasson.

Kata Bookie : Denmark menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Belanda menang 2-1

MAN OF THE MATCH : DANIEL AGGER

Fin.

Saturday, June 19, 2010

Slovenia 0 - 0 Golden Generation (my arse!)

*trrrt*
Oi, apa cer? 2 game seri. main mcm budak tadika kemas sg jambu.

*trrrt*
oi, lu ayat lawa sket. budak sekolah rendah batu 13.

*trrrt*
main slow2 ja. takut kena titik mcm jerman la tu. lepas tu sampai depan, huru-hara. mourinho's style my ass!

*trrrt*
bukan salah gua dok. gua main pon tak malam tadi.

*trrrt*
apsal lu tak main? dok kasi lampard main pasai pa tak taw.

*trrrt*
nk buat macamana. dia bukan kawtim sgt dgn midfield psukan sandarkan pada kenangan tu.

*trrrt*
pandai je kan lu kasi alasan. gua kasi lu last chance untuk last match. jgn main mcm dak sekolah rendah batu 13 lagi.

*trrrt*
oi lek r der. tak kan dah abes kredit kot?

...

*trrrt*
oi, jangan r merajuk der. gua abes nanti, kita lepak sama2 jom.

*trrrt*
gua tak maw lepak dengan team yg balik awal. kalau lu balik awal, g temankan klose main congkak. gua dgr dia kena pulau.

Le Oranje Cuba Demi Anda!!

Buat pengetahuan pihak-pihak yang berkenaan, logo yang dijadikan header blog di atas adalah top 10 dalam FIFA ranking. Ranking FIFA pada masa artikel ini ditulis adalah seperti berikut.

  1. Brazil
  2. Sepanyol
  3. Portugal
  4. Belanda
  5. Itali
  6. Jerman
  7. Argentina
  8. England
  9. Perancis
  10. Croatia
Dan sepertimana yang kita tahu, Croatia tidak layak ke Piala Dunia. Kalau tak gua dah jadi kem Croatia dah.

Minggu ini umpama minggu badi pada top 10 ini. Hanya Argentina yang boleh kata gah sebab ada 'Messi Magic'. Dan Brazil. Yang agak boleh tahan melawan Korea Utara.

Team lain? Perancis. Boleh kata sudah terkeluar dari kempen Piala Dunia dengan semangat malas main bola mereka. Barangkali mereka bercadang untuk bercuti di tasik Cini sebab itu pulang awal.

England. Selain Argentina, England adalah satu-satunya pasukan yang tidak lagi kalah dalam kempen Piala Dunia selepas 2 perlawanan! Tahniah!

Jerman. Agak hebat. Memang hebat. Kata penulis kem sangat hebat bermain congkak. Kelebihan bermain bola masih lagi cuba dianalisis selepas dititik oleh Serbia semalam.

Itali. Dengar kata Buffon sakit belakang. Gua suggest dia datang rumah urut di Songkhla bagi mengubat belakang beliau.

Portugal. Jangan cakap lah. Lepas ni lawan Korea Utara. Dengar cerita Ronaldo dah goyang dah tu.

Sepanyol. Gua malas cakap banyak. Kata Say O, banyak pasukan suka parking bas depan gol bila menentang Sepanyol. But then tak ada rule pun tak boleh park bas depan gol. Eh, ada ea?

Belanda. Dalam dua hari ni malang betul nasib Top 10 FIFA. Asyik kalah atau seri. Hari ini satu lagi top team FIFA akan bertempur Kamikaze dengan Jepun.

Apa kata Shebby? Apa kata Hasbullah Awang? Apa kata Dato Rahim Razali?

Semua sependapat Le Oranje akan menang bergaya.

Tapi gua malas lah nak riak, kata orang tua-tua. Biarlah gua berpijak pada bumi yang nyata.

Okay, fine.

Belanda menang 6-0.

Fin.

Fixture 19 & 20 Jun


19 JUNE 2010

7.30 mlm

Game ni gua malas nak preview secara terlebih bersemangat. Maklumlah lawan Jepun. Boleh tahan gagah jugak lah. Bukan macam Serbia. Orang cakap jangan terlalu riak, nanti jatuh menyembah bumi. Tu, kalau tuhan nak tunjuk sekejap ja tu. So gua takde hal lah. Gua dengan Jepun gua kaw tim jugak lah. Sebab Robben tak main gua tak mengharapkan apa-apa. Cuma menang 6-0.

10.00 mlm

Game mudah sangat ni. Australia menang, group ni terbuka luas sebab semua team menang 1. Ghana menang, Ghana akan jadi pasukan Afrika yang paling cemerlang. Amacam? Kem Jerman dah takut-takut jugak tu. Takut Ghana menang 5-0. Kira Ghana lagi kuat lah ye dak?

20 JUNE 2010

2.30 pg

Game penentuan tempat kedua Group E. Tak ada hal lah Denmark. Tak ada Bendtner, masih ada Agger. Kali ni harap-harap Agger boleh skor pada gol yang betul. Eto'o, cukup-cukuplah main ragbi. Jap lagi kite main bola sepak pulak ye dak?

Fin.

Baby, Baby, Baby Yawwww~~

GER VS SER


Heboh kem Jerman baru-baru ni. Main congkak lah, kem paling prolifik lah, bergaya dengan Jabulani lah. Maklumlah baru berpesta gol dengan menitik Australia 4-0. Menentang Serbia, pasti kem Jerman turun berkeyakinan. Yang penting kem Jerman turun dengan kit baru seperti diuar-uar entri di bawah. Sumpah memang bergaya! Sumpah! Akhirnya kalah juga. Well, bukan salah siapa. Bukan salah Podolski. Vidic dah kasi can dah tu.

Kata Bookie : Jerman menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Serbia menang 1-0

MAN OF THE MATCH : VLADIMIR STOJKOVIC

SLV VS USA


Ini game klasik setakat ini. Slovenia turun sebagai pasukan yang memang bawah anjing. Tiada satu pun pemain yang merupakan pemain EPL atau pemain sandaran Slovenia. Semua sama. Namun habis saja separuh masa pertama, mereka mendahului USA dengan 2-0. Klasik bukan? Belum lagi. Habis saja separuh masa kedua, USA pula membuat pengembalian dengan menjaringkan 2 gol. Kedudukan seri. Game klasik. Peminat England dah panas. Ini peluang baik untuk mengesahkan tempat pusingan kedua.

Kata Bookie : USA menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Seri 2-2

MAN OF THE MATCH : LANDON DONOVAN

ENG VS ALG


Game yang menarik sms Robben dalam nada sarkastik. Sudahnya the People Rooney lagi perform dari Rooney sendiri. Bukan salah siapa, salah England sendiri. Mereka kurang mengambil risiko. Well, sekurangnya England tidak pernah kalah lagi seperti kem Jerman. Gua harap England seri lagi dengan Slovenia nanti. Kalau jadi gua belanja Rooney roti telur.

Kata Bookie : England menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Seri 0-0

MAN OF THE MATCH : ASHLEY COLE

Fin.

Friday, June 18, 2010

Abang Deutschland di Depan.

Hari ni gua tengok match Jerman kat mapley. Kuar ngan Fatin ngan Nazrin. Saja nak tengok, dah hari tu menang besar ngan Australia, 4-0 la kan? So, mau tak mau kena tengok jugak calon hangat champion world cup ni.

Sampai je mapley, terus gua amik nasi putih+kuah campur+ ayam KFChicklen 1 dan duduk. Sambil layan2 makan ngan tengok bola, gua perasan kat depan gua ada sorang brader badan besar (ismeth ngan aku pun kalah), pakai sweater DEUTSCHLAND.

At last gua nampak jugak fan Jerman yang berani menunjukkan kenegaraan angkatnya.

Layan match tu.

Jerman attack, attack, attack seolah2 ada Hitler tengah bagi ceramah anti- Yahudi kat stadium tu. Nasib baik bukan lawan Israel, tidak ka dan menangis Benayoun kat situ. Tapi Klose memang x reti nak jaga kaki. Slide salah, dapat 2nd yellow. Kena kad merah.

Abang deutschland garu kepala sikit.

minit 38, Serbia skor. Gua, Fatin ngan Nazrin memang jerit umpama mendapat berita UKM bagi duit free sejuta kat pelajar2 sekalian. Gila ecstacy.

Abang Deutscland mula silang tangan.

Masuk second half, Jerman bermula garang. Serbia mendefend cam malas. Bodoh Serbia. Tiru la camana Switzerland defend dulu, bongok.Seperti ramalan MakSu aku (peminat tegar ManU ni), Vidic telah berkelakuan bodoh. Bodoh yang amat sangat. Gara2 terlalu minat pada patung Helang besar di Langkawi ketika melancong ke sana setahun yang lalu, beliau telah meniru gaya burung helang terbang mengembangkan kepaknya.

Jerman dapat penalti. Vidic kena yellow card. Boleh lagi Vidic senyum. Entah mungkin sengaja, senang sikit alasan Ferguson nak jual dia pergi Real Madrid nanti. Lukas Podolski ambik position.

Abang Deutschland menjenguh kepala ke hadapan sikit.

Podolski sepak ke kiri gol. Keeper jatuh ke kiri gol. Satu mapley bersorak. Bola muntah ke kiri. Sorang player Jerman cuba rembat, sorang defender block dengan bergayanya. Gua, Fatin n Nazrin bersorak gila.

Abang Deutschland menundukkan kepala.

Mad datang, sekali ngan Opah dan sape tah. Entah macamna meja kami SAHAJA yang penyokong Serbia. Yang lain? senyap bila Jerman kena counter berkali-kali. Hairan gua. X da fan England, Argentina, Italy, France, Spain, Holland, Ivory Coast, Jepun kah di situ? Semua orang lain nak Jerman menang ke?

Bunyi wisel penamat, match habis. Gua dah mula mikir nak tulis ape kat blog. Gua memang happy gila. Sebab selama ni kem Jerman yang bising lebih. Kali ni konpem mereka diam 5 hari. Waktu orang ramai bergerak pulang, gua nampak

Abang Deutschland bangun pergi dengan wajah muram sambil di-consolate oleh rakannya.

Takpe brader, gua paham. Gua dah sedih dulu. Gua lagi teruk, siap kena kutuk direcy ngan pakcik mana tah. "yang pakai jersey spain boley balik dulu kot, takda pa dah spain. pasing ja lebih, shot haram tak reti." Memang panas gua. Tapi kali ni gua tak kutuk personal, gua cuma sorak seronok bila Serbia menang.

Rasanya yang kat Alor Staq tu pakai baju deutschland jugak ke time tengok match?

Guten Tag Deutchland!!

Walt Disney presents...







Fin.