Tuesday, June 15, 2010

Kem Jerman Subscribe Sports Sebulan

Seribu kemaafan kepada kem-kem negara lain. Kem Jerman baru nak join sembang bola disini. Bukan apa, sibuk meraikan pesta gol tempoh hari, disamping merancang strategi perniagaan dvd "How Do The Germans Do It?" kepada kem-kem negara Afrika.

Jutaan terima kasih kepada tuan punya belog, kerana tak putus-putus menyumbang harapan kepada kem Jerman untuk dapat kebenaran menaip entri di sini.

Lepas ini, kem Jerman akan agak sedikit gigih untuk menaip entri. Lagipun tak kan nak baca entri dari kem Belanda saja bukan? Tapi at least kem Belanda dengan kem Jerman dapat raikan pesta gol, walaupun tak seberapa.

Tahniah kepada kem Belanda, gua agak terhibur dengan perfomance dan passes yang pasukan anda lakukan. Prachtige spelen! bak kata orang Belanda yang duduk dibelakang seat gua semalam.

Itali? Paraguay je kot? England jangan sengih-sengih sangat.

Perlawanan lepas ni agak best. Portugal. Brazil. Fuh. Kena siap kopi banyak malam ni. Silap haribulan Korea Utara buat rembatan komunis tepat ke gawang gol Brazil. Lagi interesting. Apa pun malam ni.

Teksi gua dah sampai, nak kena bergerak ke Afrika Selatan lagi. Minta-minta trafik tak jem. Jumpa kita di sana.

Sepanyol bila lagi?



cut.


1 comment:

say- O said...

sepanyol esok!!!
hahaha