Friday, June 18, 2010

Au Revoir France

ARG VS KOR


Macam ni lah World Cup!! Kata Messi kepada rakan-rakannya. Walaupun gua rasa Maradona masih tidak tahu bermain dengan taktik dan gua rasa memang teruk kalau jumpa England, Brazil atau Korea Utara tapi Argentina tetap punya flair. Korea, pasukan Asia terbaik setakat ini masih jauh di belakang Messi. Ya, bagi gua Man of the Match adalah Messi bukan Gonzalo 'si penjaring gol tempek' Higuain. Milito lagi bagus. Fatin seronok lah tu.

Kata Bookie : Argentina menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Argentina menang 4-1
MAN OF THE MATCH : GONZALO HIGUAIN

GRE VS NIG


Perlawanan yang kurang menjadi tumpuan. Negara yang tak pernah menang perlawanan World Cup, Greece, menentang Nigeria. Greece telah memanfaatkan kelebihan bermain 10 lawan 11 dengan melakukan satu pengembalian (comeback) dan menang 2-1. Selepas ini Argentina! Senang saja bukan mamat-mamat Sparta??

Kata Bookie : Nigeria menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Greece menang 2-1

MAN OF THE MATCH : VINCENT ENYEAMA

FRA VS MEX


Tak susah nak review game ni. Perancis tidak mahu bermain bola. Dan Perancis tidak ada coach. Perancis punya skuad yang berbakat dengan meninggalkan Samir Nasri di rumah. Tapi kesebelasan utama mereka melibatkan Govou dan Anelka. Siapa Govou? Trivia untuk peminat Chelsea, Anelka tidak pernah sekali pun menjaringkan gol di dalam major tournament yang disertainya. Dan pada separuh masa kedua Anelka dan Govou digantikan dengan Gignac dan Valbuena? Okay. Memang coach gila. Perlu jaring gol, hantar mamat rambut sikat belakang? Derr, si Handball Henry could do better. Pada yang tak tengok game ini, ada adegan pemain Perancis buat-buat warm up di belakang padahal tengah mengata coach. Priceless!! Oh dan bakal pemain MU ini bermain dengan sangat bagus.

Kata Bookie : Perancis menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Mexico menang 2-0

MAN OF THE MATCH : JAVIER HERNANDEZ

Fin.

No comments: