Monday, July 12, 2010

To be or not To be..

To be or not to be, that is one's destiny.

Gua bukan sore loser. Kalau kalah, gua terima kekalahan melainkan kalau kekalahan itu disebabkan oleh tangan Tuhan atau gol palang yang tak disahkan.

Bagi gua game ni fair, 50-50.

Cuma frankly, what's up with Howard Webb?

Gua tak kisah dia mau yellow carded semua pemain Belanda. Fine by me. Gua faham stail permainan Belanda.

Cuma kenapa sampai 16 kad? Kasar sangat ke? Ada yang lagi kasar sebelum ni kan?

Okay. Gua ada teori.

Bila final orang akan perhati 2 benda saja. Team A dan Team B.

Orang tak perhati ref.

So macam mana ref nak take the limelight?

Just book the player with the slightest foul to show that the game is in the ref's hand. Ref is the MAN.

Then, pemain akan takut dengan ref and so the world will see the ref.

Webb, lu EPL pun sangkut, gua tak faham kenapa lu boleh officiate World Cup final.

Orang tengok bola memang nak tengok team A dan B, bukan nak tengok ko. Tolong jangan over.

Gua percaya kalau Ivory Coast tu dah berlambak dah kena kad merah. Sumpah.

Yang patut dapat advantage pun nak juga bagi free kick. Spainwise or Hollandwise.

Capital F for reFF.

Fin.

Thursday, July 8, 2010

Silenced!

Kali ni memang best. Tak payah ramalan syirik dari sotong, hanya satu yang perlu oleh player juga peminat2 Spain.


INNER FAITH AND BELIEVE.


Once again Spain tunjuk kemampuan diorang untuk step up and play to expectation. Memang panas build up untuk game semalam. Semua paper, webnews, berita RTM sampai ke sms pun predict germany menang. Puji germany kaw2.


Again, Spain silenced the critics. Spain won by 1-0. Header kacak dari si kacak Puyol. However that scoreline didn't justify the game. They could have easily won by 3 or 4 up.


Rahsia kejayaan?rambut gua.
Seperti kajian aku masa Euro dulu, Spain hanya akan total devastating bila ada 5 midfield men, 1 striker. Teori ni tebukti semalam. Germany takda peluang sangat nak attack. Semua kantoi kat midfield. Memang mantap especially 2nd half.


Macamanapun aku tetap salute team Germany ni. Muda, teknikal skill tinggi, badan tinggi, hardworking ngan laju. Memang diorang layak dapat special award aku rasa untuk world cup kali ni. Aku rasa Euro 2012 nanti, diorang patut di-consider sebagai real contender. Tapi Pedro bodoh nak mampus satu moment tu. Patut pass kat Torres, jadi lawa sket 2-0. Kesian Torres..kalau masuk 1 gol je, konpem meletup lepas tu.


Apapun, aku suka dan hepi. Belanda, jumpa di final.


p/s: semalam mesej arip, dia tak jawab...aku simpati (dalam suka).

Tahniah Oranje

Malam ni giliran Spain pula.

Oh, lu orang ada baca tak yang Paul tu fake sebenarnya.

Wednesday, July 7, 2010

Review Minit 22

Baru balik berak. Online fifa.com. Lepak-lepak sambil pakai towel lagi.

Baru nak pakai seluar.

Damn. Dah gol sebijik.

Setapak dah kat Soccer City.

Fin.

Tuesday, July 6, 2010

Sotong

Korang semua ada baca paper tak? ada perasan tak berita pasal sekor sotong faymes skarang ni. Sotong ni bukan sebarangan, ini sotong bookie. Tugas sotong ni meramal result2 untuk matches German. Perhatian, Jerman saja. Takda England, Spain, Italy, Argentina mahupun Nigeria.

Setakat ni semua prediction dia tepat. Diulang, SEMUA TEPAT. Sotong predict kalah ngan Serbia, memang kalah. Menang ngan Argentina? Memang menang. Camna dia predict? Korang cari sendiri la kat internet. Yang bestnya, dia ada predict jugak untuk match Spain vs Germany esok. Katanya,

Gua hensem kan?

Spain menang. Germany kalah.

Haha, aku bukannya syirik, percaya pada tilikan. Tilikan selalunya kebetulan. Dan takda yang pasti selagi benda tu belum jadi. Berapa ramai tilikan2 agung mengatakan Brazil akan menang, England akan menang, Spain akan sapu world cup...semua nonsense selagi tak jadi.

Satu lagi, semua orang termasuk news predict German akan menang (kecuali sotong). Semua bincang pasal Mueler suspension, new germany blood, new generation of germany footballers, beckenbauer backs germany to beat spain...blablaba....

Bila jadi tumpuan ramai..

Semua tu aku suka, sebab situation ni buatkan spain jadi underdog, which is a very good position for the spaniards. Spain selalunya struggle bila jadi favourite atau bila people expect them to beat others easily. So, overall it's good psychologycally for them.

Dan seperti biasa, aku mahukan Spain menang. 1 ke, 2 ke, 3 ke, 4 ke, x da hal. Janji menang.

Merenung Masa Depan

Ahhh. Gua bukan Fatin dengan Mat. Masing-masing bergaduh dalam shout-box berkenaan pasukan mana yang lebih hebat walaupun telah terkeluar dari saingan.

Gua tak suka memandang sejarah. Gua lebih suka memikirkan masa depan.

Malam ini pasukan le Oranje akan menentang satu lagi saingan dari Amerika Selatan, Uruguay. Sudah tentu pemain utama pasukan ini adalah bekas pemain Manchester United iaitu Diego Forlan.

Gua gentar juga bila tengok form Forlan ni. Ala-ala Klose pun ada juga.

Gua harap Persie boleh skor malam ni.

Gua tak nak terlalu konfiden macam Argentina. Maradona hisap curut saja semasa sesi latihan.

Gua cuma nak Belanda menang 1-0. Dah. Cukup.

Fin.

Teman Nama Fatin

4 Julai gua mesej Fatin berkenaan perlawanan Argentina vs Jerman,

Gua :
"Aih, takkan kena 3 dah dok?"

Fatin :
"3 menda? Dah 4 dah. Spain pulak lah pasni."

Ceh. Tak istiqamah langsung.

Babai Messi.

Fin.

Saturday, July 3, 2010

Hail Deutsch!

Nampaknya Jerman agak konsisten dalam perlawanan-perlawanan mereka. Nombor 4 kian diminati oleh pasukan Jerman. Nampak sangat Jerman TAK sokong Illuminati!

Muller, Klose dan Podolski. Gua rasa nak ajak mereka main PES2010 esok sambil makan kuaci.

Eh, lupa celebration. Omaigawd! Omaigawd! Omaigawd! 4-0!

Sepanyol bila lagi?

Oh ya, Maradona boleh lari bogel dalam rumah sendiri nanti okay?


Out!!


cut.

Du Hast!

Rammstein punya performance, memang aku suka. Kalau korang kata Lady Gaga dah unik, tengok dulu konsert Rammstein. Brutal, unik dan bodoh kekadang. Dan aku rasa malam ni aku akan layan lagi lagu Rammstein, sebab aku definitely believe yang JERMAN AKAN MENANG LAWAN ARGENTINA.

Stakat Maradona, memang bungkus bila nak lawan taktikal. Pandangan aku. So, malam ni bila Jerman skor, aku nak nyanyi "Feuer Frei (open fire)". Bila match habis dan Jerman menang, aku nak nyanyi pulak "Du hast (you have)" untuk team Jerman. Sebabnya?

You still have us the Spaniards before you can go to the final.

Sebab aku predict Spain menang 4-0.

Yeah, vamos Espana!!!

Long Live The King

Apa yang tak seronok bila 1-0? Pasukan yang ketinggalan pasti mula murung, mula kenangkan "sikit lagi kalau tak gua mesti dah tepis bola tu corner, dem".

Apa yang seronok bila 1-1? Pasukan yang mulanya ketinggalan tu mula jadi sekuat tiger. Macam kesan lambat dari marijuana, pasukan tu bangkit untuk kemenangan 2-1.

Samba generasi baru tak menarik. Nenek moyang Brazil lagi terer bersamba.

Mula-mula gua dah maki-maki sorang player Belanda ni, "Jangan main sorang, jangan main sorang! Dem! Kan dah hilang bola. Robben!".

Tapi, macam Mueller untuk Jerman, Villa untuk Sepanyol dan tak lain tak bukan, ada Sneijder untuk Belanda. Panas! Saham naik lagi nampaknya untuk mereka.


Lepas ni Jerman pula beraksi. Beraksi dengan Argentina. Argentina bai! Argentina ada Maradona-bayangan. Pemain terbaik dunia. Messi. Gerun. Minta-minta Messi tak skor gol tahun ni. Minta-minta Argentina lah tak skor gol. Senang kira.

Argentina memang power. Tak disangkal. Jerman juga power. Sebab Jerman ada kit jersi baru, kata Ballack menerusi Skype semalam. Dia kata hero masa final baru tunjuk muka. Dia la kata.

Duk asyik menunggu hari match esok, Podolski asyik tanya-tanya gua mana nak download video Torres skor gol? Gua pun tak tau. Torres bila nak skor ni? Podolski dah bagi gol angle baik punya. Kesian Podolski kempunan nak tengok video Torres skor gol.


Torres bila lagi nak dapat muka macam ni?


Berbalik kepada cerita awal tadi. Apa yang tak seronok bila 2-1? Pemain suka pijak pemain. Tak bagus. Sila lah main elok-elok. Semua orang nak tengok permainan yang menarik. Okay?


Yep. 2 gol. She's the man!


cut.

Mari Makan Tomyam Brazil!

Gua dah cakap dari awal. Kem Belanda bukan kem pilihan utama gua. Gua lagi suka Argentina dan sedikit Sepanyol. Tapi disebabkan malas berebut dengan badan besar Perbadanan Blog WC, iaitu Fatin dan Say O, maka gua mengambil Belanda yakni pilihan kedua gua.

Dah banyak kali juga gua meramal kemenangan abang Belanda dan kerap kali juga gua diherdik kerna corak permainan Belanda yang agak konservatif dan mengamalkan paradigma yang terlalu singkat dalam ruang paradoks masa yang infiniti. Dalam erti kata lain, Belanda main terlalu berhati-hati.

Pehhh, sudahnya suku akhir Brazil lawan Belanda.

Gua dengar fan Belanda sebelah bilik gua di Cape Town ni dah check out awal pagi lagi. Betapa negatifnya pemikiran setelah melihat proses penapaian cili dek Luis Fabiano dan rakan-rakan.

Perlawanan bermula. Robinho membuka jaringan. Fan Brazil kat sebelah gua dah jeling panas kat gua. Gua angkat jari tengah baru dia berhenti pandang.

2nd half, semua pun ragu-ragu bolehkah Belanda buat comeback. Untuk makluman semua tiada lagi pasukan yang mampu membuat comeback dalam peringkat kalah mati Piala Dunia tahun ini.

Toing! Melo own goal. Toing! Sneijder header. Tetttt! Melo red card.

Fatin sms gua 'pehal kena titik ni?' Err, lu nak tengok team kena titik? Aaaa, lu tengok Argentina sok.

Oklah. Gua nak pergi pub celebrate. Jangan risau, gua tak minum bir, gua nak cari tomyam Brazil ja!

Fin.

Thursday, July 1, 2010

La Furia Roja

Sebelum Say O kenal Espana, gua lebih dulu minat Espana.

Fernando Hierro, Morientes, Joaquin, Mendieta. Semua tu legend masa zaman-zaman gua minat Espana.

Masa zaman Iniesta digunakan sebagai impact player saja di Barca. Masa gua tak dapat kenal pasti yang mana satu Xavi, yang mana Xabi Alonso.

Pernah Torres (gua tak sure sapa cakap, rasanya Torres) cakap pada media 'Spain memerlukan goalscorer seperti Morientes.' Well sekarang dah ada Villa bukan?

Apart from all, gua rasa yang merevolusikan bola sepak Spain dan membuatkan gua minat menonton Spain adalah kerna seorang lelaki.

Encik Raul Gonzalez.

Ya. Dia. Cakaplah apa yang kamu mahu cakap. Villa lagi hebat, Torres lagi laju atau Raul lagi tua. Hakikatnya Raul Gonzalez masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak skuad Sepanyol walaupun sudah hampir 4 tahun tidak bermain dengan Sepanyol.

Ya. Memang Villa sudah dekat. Tapi skuad Sepanyol sekarang dibarisi all-star team. Villa atau Torres (sepatutnya) tidak akan ada banyak masalah untuk menjaringkan gol jika dibantu pemain seperti Fabregas, Xavi dan Iniesta.

Zaman Raul? Dia bermain dalam skuad Real Madrid pada umur 17 tahun. Dan sekarang dia memegang rekod jaringan gol Real Madrid di Eropah, domestik dan juga skuad Sepanyol.

Dalam the Galacticos yang sentiasa membeli penyerang berkaliber tinggi seperti Ronaldo Brazil, Ronaldo Portugal, Owen, Nistelrooy dan Higuain, beliau masih lagi mampu untuk menjaringkan gol setiap kali diberi peluang sebagai impact player.

Dihormati pemain setiap generasi, walaupun Real Madrid telah bertukar jurulatih, one man remain. Raul Gonzalez.

Ya, ini mungkin zaman untuk dia bersara. Tapi selain Zidane dan Ronaldo Nazario de Lima, ini adalah pemain yang aku sanjung dalam skuad Real Madrid.

Gua sarankan Vicente bawa Raul ke mana-mana tournament, jadikan Raul 'Beckham' Spain. Generasi ni, gua masih belum jumpa mana-mana pemain Spain yang boleh sama karisma dengan Raul.

Itu dia. Legend La Furia Roja.


p/s : gua percaya jika ada raul, spain tak akan gegar langsung.

Fin.