Wednesday, June 23, 2010

Karma


Tak boleh tidur. Jadi update blog lah. Hahahaha.

Bercakap pasal karma semasa di Supremo Donut and Coffee, Say O baru saja mengherdik Perancis kerana mereka masuk ke Piala Dunia hasil jaringan gol tidak sah dan akhirnya terkeluar tanpa menang apa-apa perlawanan setelah merangkul naib johan dalam Piala Dunia 06.

Itulah Karma. What you give, you get back.

Tapi bercakap pasal karma, masih banyak lagi karma di dalam Piala Dunia. Ada yang bagus ada juga yang tidak.

Piala Dunia 2002, final group match Italy vs Mexico. Setelah mengetahui Croatia sedang dititik oleh Ecuador, maka kedua pasukan hanya bermain passing bodoh saja. Sebab? Mereka akan layak dengan seri dan mereka hanya akan menentang USA dan Korea Selatan di 2nd round. Tak ada masalah kalau nombor 1 atau 2. Gaya permainan ini dikutuk oleh commentator pada masa itu.

"This is digracing. People dont pay to watch this type of football."

Hasilnya? Mexico ditapau oleh USA yang pada masa tu bukan kuasa besar bola sepak. Itali pula kalah kontroversi dengan Korea Selatan. Karma.

Bercakap pasal Korea Selatan. Mereka menang kontroversi dengan Itali dan Sepanyol pada masa itu. Menang dengan Sepanyol selepas 2 gol sepanyol dibatalkan. Sah sebenarnya.

Karmanya? Piala Dunia 06, mereka dititik oleh Perancis yang jaringan gol pada ketika itu disahkan offside oleh linesman tapi disahkan oleh pengadil, menimbulkan keraguan di kalangan pemain.

Ini untuk Itali. Piala Dunia 06 menentang Australia. Grosso dipercayai dive ketika mendapatkan last minit penalti yang mengesahkan tempat ke suku akhir. Tapi kali itu mereka menang Piala Dunia. Skandal Materazzi-Zidane jangan cakap lah.

Jadi Itali, just wait for your own very karma!!!

Fin.

2 comments:

say- O said...

italy tak lama lagi tu..

mikhaelahmad said...

englad dah start dah karma belagak dia.