Tuesday, June 22, 2010

Uno, Dos, Tres!!

POR VS PRK


Setelah melekehkan Brazil pada perlawanan pertama, kami berpendapat perlawanan ini pasti akan menjadi sengit. Apatah lagi dengan sifat Portugal yang malu-malu untuk menjaringkan gol. Kami sangka paling banyak pun Portugal boleh menang 3. Sekali nah, ambik. Teruk negara komunis ni kena titik. Sesekali gua tengok orang Korea gua kesian pula. Tapi gua lagi takut tengok penyerang Portugal. Setiap kali naik, Korea kena titik. Kesian encik penjaga gol yang memakai track suit. Pasti beliau down. Sila jangan tembak Portugal dengan bom nuklear kelak. Thanks.

Kata Bookie : Portugal menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Portugal menang 7-0

MAN OF THE MATCH : CRISTIANO RONALDO

CHI VS SUI


Perlawanan yang menarik. Gua tengok perlawanan ni dengan pakcik fanatik. Serius ini perlawanan paling lively yang gua tengok. Kredit to mikhaelahmad. Barangsiapa yang menang game ini hanya perlu seri game yang terakhir untuk layak ke pusingan kedua. Gua tak tengok Behrami kena kad merah. Tapi gua tengok serangan counter Chile yang menarik. Kalau kaki tak pengkaq ibarat kata pakcik pelakon drama di sebelah, mesti dapat skor lagi banyak. Sudahnya Chile meneruskan kegemilangan pasukan Amerika Selatan yang masih lagi gagal untuk kalah mana-mana perlawanan.

Kata Bookie : Chile menang 1-0
Keputusan perlawanan : Chile menang 1-0

MAN OF THE MATCH : MARK GONZALEZ

ESP VS HON


Game yang dipredict oleh Say O akan berakhir dengan skorline 6-0. Tak dapat la den nak nolongnya. Kalau tak keranan Welcome, mungkin pasti bolos juga Casillas. Tapi kalau tak kerana badi Podolski yang hinggap pada Villa, sudah Tres dah Villa. Tres. Sudahnya Sepanyol perlu menang menentang Chile untuk layak di samping Chile atau Switzerland. Jika kalah atau seri, mereka perlu berdoa Switzerland gagal mengalahkan Honduras. Ya, Honduras adalah pasukan dalam WC10 yang masih gagal menjaringkan gol di samping Perancis dan sudah sah terkeluar. Senang cakap semua orang expect Honduras kena titik dengan Switzerland nanti. Kalau Sepanyol tak menang dengan Chile, maka........ Dan Say O, walau menang 3-0 sekalipun ianya tak akan mengubah fakta Sepanyol masih perlu menang menentang Chile.

Kata Bookie : Sepanyol menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Sepanyol menang 2-0

MAN OF THE MATCH : DAVID VILLA

4 comments:

say- O said...

sebab orang nak 3 atau lebih tu sebab nanti maybe tengok goal difference kalau spain menang lawan chile dan swiss menang mlawan honduras. bila jadi camtu, ada 3 team yang 6 points. sila refer table group H.

Nazrin Saad said...

dude, aku dh refer table group H.

skrg gol diff chile = +2,
gol diff swiss = 0
gol diff spain = +1

lets say spain won by the narrowest margin, 1-0.
swiss lak menang 20-0.

skrg gol diff swiss = +20
gol diff spain = +2
gol diff chile = +1

hence spain dgn swiss lyk by gol diff.

sbb tu aku ckp x efek pn gol nombor 3 tu. bg aku gol nombor 2 tu yg crucial.

mathematically, spain pasti layak ke 2nd round kalau menang, cuma group leader atau tak je.

cuma mintak tlg jgn seri ja, bahaya sangat.

senang cakap, fixture xmnyebelahi spain sgt.

Nazrin Saad said...

dan oh yeah, chile akan jadi group leader hanya dgn seri. so sila expect chile bermain super defensif next game.

say- O said...

oh, tak kira semalam.
tq2, dari fan yang telebih concern sampai lupa nak kira lojik.
super defence tu pasti.