Sunday, June 13, 2010

Kump D - Bir Jerman, Abg Vidic, Bintang Gelap, Kanggaroo

KUMPULAN D


Siapa tak kenal Abang Vidic? Salah sebuah negara ini dijangkan akan mengiring Jerman ke Round of 16. Masalahnya siapa? Game ini yang akan menentukannya.

Abang Vidic memang terkenal dengan kekentalan pertahanan beliau. Berjaya mengalahkan Perancis di dalam kelayakan menunjukkan serangan Serbia pun apa kurang hebatnya. Ramai yang mengingati Serbia sebagai negara ganas dalam perang di Bosnia dulu. Tapi gua ingat kempen World Cup 4 tahun lepas saja. Mempunyai pertahanan paling mantap di Eropah dengan bolos 2,3 gol di dalam kumpulan yang melibatkan Sepanyol tapi kalah semua perlawanan peringkat kumpulan World Cup'06. Jadi form kelayakan tidaklah penting sangat pun.

Kenal Essien? Google Image kalau tak kenal. Dia tak main kali ni. Sayang betul. 4 tahun lepas kehebatan budak hitam ini jelas terserlah. Kali ini tugas itu akan dipikul Sulley Muntari yang baru menang CL bersama Inter. Kalau Leha, Wann atau Fatin baca, negara ini tak ramai yang kacak seperti Drogba tapi sokonglah mereka.

Kedua pasukan mengamalkan sistem serangan balas yang laju dan mantap. Terdapat pelbagai faktor yang perlu dikira, formbook, kebenuaan dan kehenseman yang tinggi. Gua gagal memisahkan kedua-dua pasukan dalam apa jua bidang.

Kata Bookie : Serbia menang 2-1


Perlawanan fevret komentator kita yang gagal mendaftar. Baru-baru ini ada juga ajak saudara Arif join kem Jerman. Malangnya beliau tertinggal passport, jadi beliau tidak dapat hadir bersama kami di Cape Town. Cepat-cepat lah cari passport ye beb.

Jerman, selain Brazil dan England adalah pasukan yang bermain secara efektif. Biar skor sedikit, janji menang. Bagi gua Jerman adalah calon juara. Juara Kumpulan D. Walaupun tiada Ballack, Jerman masih lagi mempunyai ramai pemain muda yang hangat-hangat pop di midfield seperti Mezut Ozil, Scweisntengeir whateve tak reti eja dan ramai lagi. Ini adalah negara kelahiran Hitler bagi sesiapa yang tidak tahu. Wann tahu tak?

Australia seperti mana yang kita tahu adalah wakil Asia celup. Duduk benua Australia, masuk FIFA bahagian Asia. Tak malu. Gua jamin kalau tak ada Australia mesti Malaysia dah lepas kelayakan. Australia masih berharap kepada Kewell, hero World Cup 2006 mereka, tapi Tim Cahill pun apa kurang hebatnya. Yang gua hairan kenapa Scott McDonald tak boleh main?

Tak susah untuk meramal. Favouritisme memihak kuat kepada Jerman. Perlawanan kumpulan yang paling mudah untuk Jerman. Boleh ke ni bai?

Kata Bookie : Jerman menang 3-0

Fin.

No comments: