Monday, June 14, 2010

Ulasan hari #3

Hari ke-3 bermula dengan perlawanan yang agak perlahan. Tidak ubah macam Perodua Rusa. Starting, slow macam haram. Masuk gear 43 baru rasa macam bawak van. Kalau tak macam kereta sorong 70cc.

Algeria 0 - 1 Slovenia
  1. Game agak slow and steady. Takde jauh beza sangat kalau nak dibanding kan dengan Urguay VS France tempoh hari.
  2. Kedua-dua pasukan banyak menyerang, dan bertahan dengan baik. Err, maksud aku menyerang sambil bawak bola pingpong dalam mulut dan bertahan time team sendiri tengah serang.
  3. Satu bahagian yang harus dipuji - penjaga gawang. Terima kasih Choauchi. Kalau bukan sebab kau, memang aku dah tak tengok 10 minit terakhir game.
Chaouchi, gua syak dia berguru dengan Mr Go Green.



Serbia 0 - 1 Ghana
  1. Aku mahu bersikap jujur ka;i ni. Aku tengok 20 minit pertama je, lepas tu aku tewas kepada kuasa majoriti penonton di rumah yang nak tengok Human Target.
  2. Aku nak quote espn.go.com je punca kekalahan Serbia.
    "Nikola Zigic missed a great chance from a few yards out and new Liverpool signing Milan Jovanovic wasted possession far too often."
  3. Well, looking at the bright side, Ghana mungkin team Afrika yang mampu pergi jauh, jika dilihat dari keputusan perlawanan sebelum ni la (harapan saja la).
"Adik, tak maw nangis. Tak mau, tak mau."



Jerman 4 - 0 Australia
  1. Gol yang banyak bererti serangan yang banyak.
  2. Seperti perlawanan sebelum ini, kedua-dua pasukan banyak menyerang dan bertahan. Untuk perlawanan kali ini, frasa 'menyerang dan bertahan' membawa maksud Australia bertahan dari tengah padang bila Jerman bawak bola ke kotak penalti.
  3. Taktikal jerman sangat cemerlang, bermain 'pergerakan tiga segi' dengan baik, diiringi strategi 'curi ayam' yang menjadi. Marvelous!
Patut-lah lain macam je spirit team Jerman kali ni.

No comments: