Tuesday, June 22, 2010

Pasukan Pertama Pilihanku


Gua bukan penyokong tegar Le Oranje. Gua sebenatnya meminati pasukan Perancis pasca-Domenech. Pasukan Perancis yang diketuai Zizou. Bagi gua dia legend. Dia telah memenangsi semua yang boleh dimenangi dalam bola sepak. Legend.

Sekarang? Everybody hate Raymond.

Gua juga mungkin minat Spain dan Argentina. Tapi dalam konteks persiapan blog, gua terpaksa mengambil Belanda kerana kem Argie dan Sepanyol dah dicop. Tak ada hal. Memang gua minat Cruyff, van Basten, Gullit, Rijkard dan Dennis the Flying Dutchman Bergkamp.

Namun, percaya atau tidak pasukan pertama yang gua minat semasa dalam Piala Dunia adalah pasukan yang mengalahkan Belanda semasa 3rd place placing dalam France 98, dan pasukan yang telah menyebabkan England gagal ke Euro 08. Malah, ia adalah jersi negara pertama yang gua beli. Di City Point Alor Setar semasa form 5.

Kamu teka dengan tepat. Croatia.

Kenapa gua minat dengan Croatia? Mudah. Sebab France 98.

Croatia pada masa tu baru saja berpecah dengan Yugoslavia, masih lagi terumbang ambing dari segi politik dan mereka masuk ke Piala Dunia 98 buat pertama kali sebagai negara merdeka.

Bagi menambahkan rasa romantik pasukan ini dalam Piala Dunia 98, mereka telah berjaya mengalahkan JERMAN, ya, JERMAN dalam suku akhir (mereka telah mengulangi pencapaian ini dalam Euro 2008). Jerman adalah negara yang pernah menjajah negara kecil ini.

Sudahnya mereka terkeluar juga akibat 2 jaringan Lilian Thuram. FYI, itu saja gol yang Thuram pernah skor sepanjang dalam karier dengan Perancis.

Dan Davor Suker telah memenangi Golden Boot dengan 6 gol dan mendapat perpindahan ke Arsenal untuk bermain di samping Bergkamp dan Vieira pada masa tu.


Itu Golden Generation Croatia mungkin. Suker, adik beradik Kovac.

FYI juga, walaupun gagal ke pusingan kedua Piala Dunia 2002, Croatia telah mengalahkan Itali dalam proses.

Semua orang tak pandang negara ini sebagai pencabar, tapi hakikatnya Modric, Kranjcar, Klasnic, Eduardo semua adalah generasi baru bagi negara ini. Piala Dunia kali ni mungkin kurang bernasib baik kerana sekumpulan dengan encik England yang menyapu bersih kelayakan.


Euro 2012 dan Piala Dunia 2014, Croatia akan kembali.

1998, setelah BARU merdeka Croatia masuk ranking FIFA dalam nombor top 50 mungkin. Sekarang, mereka berada dalam Top 10 walaupun tidak ke Piala Dunia.

Malaysia bila lagi?

Fin.

No comments: