Monday, June 14, 2010

Kump F - Kuda Itali, Para-para Sakura, Jonah Lomu, Slovakia

KUMPULAN F


Perlawanan pertama melibatkan juara bertahan. Dengan skuad Itali dalam era 30-an semua, gua tak bajet pasukan ini akan digemari mana-mana wanita sekalipun. Err, Aquilani ada dalam skuad tak?

Itali bukan seperti Itali yang dulu. Buffon sudah hilang keyakinan. Cannavaro dah tua. Dan yang lain-lain juga sama. Dah tua. Gua tak rasa Itali susah untuk melepasi peringkat kumpulan tapi apabila berdepan pasukan yang lebih muda, Itali akan pancit.

Paraguay datang dengan bergaya. Mengalahkan Argentina dan Brazil dalam kelayakan, Paraguay yang dulunya terkenal dengan penjaga gol Jose Luis Chilavert akan bermula dengan Lucas Barrios dan Santa Cruz. Masing-masing penyerang berbisa.

Pertembungan penting untuk kedua-dua pasukan yang pasti. Pemenang akan layak ke Round of 16.

Kata Bookie : Seri 1-1


Jangan tipu. Gua tahu ramai yang konfius antara Slovakia dan Slovenia kan? Damn. Gua pun sama.

New Zealand bagi gua adalah pasukan yang paling bawah anjing di sini. Kalau Australia tak masuk zon Asia, jangan mimpi nak masuk World Cup lah. Sama macam Malaysia. Hanya Ryan Nelsen yang gua kenal di sini, namun baru-baru ini New Zealand berjaya menumpaskan Serbia, jadi adakah kejutan di sini?

Slovakia mungkin kurang dikenali di sini. Tapi nama seperti Skrtel dan Hamsik sudah tidak asing lagi di England dan Itali. Slovakia punya peluang cerah untuk mara mengiringi Itali/Paraguay kerana mereka punya pasukan yang sangat berbakat.

Gua bajet ultra-defensif dari New Zealand. Jika Hamsik bermain dengan mutu permainannya di Napoli, nescaya Slovakia dapat memenangi pertembungan ini.

Kata Bookie : Slovakia menang 2-0

No comments: