Thursday, June 17, 2010

Que Pasa Espana? Mesti baca!!

HON VS CHI


Perlawanan ini tak menjadi tumpuan ramai seperti mana pertembungan fevret kumpulan, Sepanyol pada jam 10. Tambahan pula Honduras telah diundi oleh soccernet.com sebagai antara 3 pasukan terburuk dalam World Cup kali ini. Chile menguasai perlawanan menentang Honduras yang telah kehilangan penyerang utama. Jadi menang mudah untuk Chile. Oh, tanya Parameswara macam mana Chile dapat nama.

Kata Bookie : Chile menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Chile menang 1-0

MAN OF THE MATCH : JEAN BEAUSEJOUR

ESP VS SUI


Diuar-uarkan sebagai pasukan yang bermain paling cantik dalam kempen Piala Dunia kali ni, Sepanyol berdepan dengan Switzerland yang telah kehilangan penyerang utama mereka Alex Frei. Belum habis separuh masa pertama, Senderos pula dikeluarkan. Minda bookie-bookie sedunia pada masa itu sangat mudah. Sepanyol makan besar malam ni. Hasilnya?

Kata Bookie : Sepanyol menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Switzerland menang 1-0

MAN OF THE MATCH : GELSON FERNANDES

RSA VS URU


Afrika Selatan turun untuk mempertahankan rekod tiada tuan rumah Piala Dunia yang tidak pernah tak mara ke pusingan kedua. Apatah lagi dengan Tshabalala di sisi, semua pasti menjadi mudah. Namun mereka kurang percaturan. Mereka terlupa Uruguay ada Diego Forlan. Flop Man Utd yang menjadi top striker di dunia selepas meninggalkan Old Trafford. Jadi, nasihat gua untuk Rooney, sila bertukar kelab jika ingin menjaringkan gol untuk England.

Kata Bookie : Afrika Selatan menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Uruguay menang 3-0

MAN OF THE MATCH : DIEGO FORLAN

Fin.

No comments: