Saturday, June 19, 2010

Le Oranje Cuba Demi Anda!!

Buat pengetahuan pihak-pihak yang berkenaan, logo yang dijadikan header blog di atas adalah top 10 dalam FIFA ranking. Ranking FIFA pada masa artikel ini ditulis adalah seperti berikut.

  1. Brazil
  2. Sepanyol
  3. Portugal
  4. Belanda
  5. Itali
  6. Jerman
  7. Argentina
  8. England
  9. Perancis
  10. Croatia
Dan sepertimana yang kita tahu, Croatia tidak layak ke Piala Dunia. Kalau tak gua dah jadi kem Croatia dah.

Minggu ini umpama minggu badi pada top 10 ini. Hanya Argentina yang boleh kata gah sebab ada 'Messi Magic'. Dan Brazil. Yang agak boleh tahan melawan Korea Utara.

Team lain? Perancis. Boleh kata sudah terkeluar dari kempen Piala Dunia dengan semangat malas main bola mereka. Barangkali mereka bercadang untuk bercuti di tasik Cini sebab itu pulang awal.

England. Selain Argentina, England adalah satu-satunya pasukan yang tidak lagi kalah dalam kempen Piala Dunia selepas 2 perlawanan! Tahniah!

Jerman. Agak hebat. Memang hebat. Kata penulis kem sangat hebat bermain congkak. Kelebihan bermain bola masih lagi cuba dianalisis selepas dititik oleh Serbia semalam.

Itali. Dengar kata Buffon sakit belakang. Gua suggest dia datang rumah urut di Songkhla bagi mengubat belakang beliau.

Portugal. Jangan cakap lah. Lepas ni lawan Korea Utara. Dengar cerita Ronaldo dah goyang dah tu.

Sepanyol. Gua malas cakap banyak. Kata Say O, banyak pasukan suka parking bas depan gol bila menentang Sepanyol. But then tak ada rule pun tak boleh park bas depan gol. Eh, ada ea?

Belanda. Dalam dua hari ni malang betul nasib Top 10 FIFA. Asyik kalah atau seri. Hari ini satu lagi top team FIFA akan bertempur Kamikaze dengan Jepun.

Apa kata Shebby? Apa kata Hasbullah Awang? Apa kata Dato Rahim Razali?

Semua sependapat Le Oranje akan menang bergaya.

Tapi gua malas lah nak riak, kata orang tua-tua. Biarlah gua berpijak pada bumi yang nyata.

Okay, fine.

Belanda menang 6-0.

Fin.

4 comments:

say- O said...

gila konfiden, hahaha

mikhaelahmad said...

fundeks!

Nazrin Saad said...

panas nampak?

pe cer kem jerman?
diam sudehhhhhhh

mikhaelahmad said...

kem jerman tengah beli guli. gua dengar guli depa kena curi, tak dapat nak main congkak.