Thursday, June 17, 2010

Bola Itu Masih Bulat

Jabulani. Gua ingat nama pemain Pakistan atau pun Nepal. Nama bola rupanya. Gua baru nak kutuk nama Jabulani ni dan nak cop sebagai nama paling hodoh, tapi di Switzerland ramai lagi yang lagi hodoh nama mereka. Tapi hodoh-hodoh pun, masih ada gol. Itu yang penting dalam Piala Dunia.

Jabulani. Penjaga gol cakap bola ni susah nak tangkap sampai ada yang terlepas. Kan? Penyerang gol cakap bola ni susah nak masuk gol. Pemain tengah cakap sepak crossing jauh-jauh memang jauh betul dia pergi. Penonton dekat rumah pun cakap bola ni teruk, tak bagus. Gua pun tak tau bila mereka pernah sentuh bola Jabulani ni.

Jabulani. Orang cakap sebab bola ni lah pesta gol tak menjadi. Jerman dapat 4 kosong sebab dah pernah guna! Jerit kem negara lain kepada kem Jerman semalam on the way nak masuk toilet.

Oomaiigaawwdd! Argentina baru pesta gol 4 - 1 dengan pasukan separa-atas-anjing Korea Selatan. Argentina baru sekali guna bola tu. Oh well. Best saja kan bola tu Higuain? Hensem betul lu main malam ni.



Gua rasa gambar ni yang menimbulkan syak dari kem negara lain.



Oh ya, kurang menyerlah pula pemain terhebat dunia. Gua dah termimpi-mimpi melihat gerakan hebat beliau. Mungkin nanti kot.

Hebat Argentina malam ni.


She's the man.



cut.

1 comment:

Fatin Mazelan said...

made in china. memang low quality lah. china mana import barang bagus. orang negara dia je pakai yang bagus2.