Monday, June 14, 2010

Kump E - Kem Belanda, Dane, Lagi Kekasih Fatin, Jepun bukan China

KUMPULAN E


Semua orang tunggu game ni. Orange lawan team bukan orange.

Belanda main cantik. Belanda main total football. Dan pemain Belanda semuanya kacak. Tak lupa juga penjaga gol Belanda pernah main Champions League. 3 orang main final Champions League tahun ni (Robben, Snejder dan van Bommel). Spain ada? England? Belanda ada pemain nama Elia (sebut : Ilya). Paling penting pemain Belanda tak ada yang lagi tua dari Cannavaro dan David James. Gua dah sms penjaga gol Belanda supaya re-check glove dia, takut koyak. Nanti tak dapat sambut bola payah pulak.

Denmark bermain kelayakan dengan agak sempurna. Atas Portugal. Tapi Denmark kali ni akan turun tanpa Bendtner. Jadi payah la macam tu. Harap-harap penjaga gol Denmark tak macam Green. Biar mencabar sedikit.

Gua tak payah predict pun dah tau.

Kata Bookie : Belanda menang 2-0


Selepas Korea, hari ini giliran Jepun pula. Tapi masalahnya Jepun tak ada taman.

Nakamura dikatakan tidak fit. Hanya bergantung pada Honda. Beb bukan motor tu, ini nama orang lah. Diberitakan juga Keisuke Honda mampu berlari sepantas motor yang diperkatakan. Tambahan pula, Jepun mempunyai seorang pemain pertahanan (Tanaka) yang rabun jauh. Dipercayai dia selalu keliru gol mana satu yang patut dia skor. Dia telah menjaringkan 2 gol sendiri dalam 2 perlawanan secara berturut-turut.

Cameroon. Dengar pun dah gerun. Kali ada Eto'o. Wah, lagi gerun. Alex Song, gerun tak? Dengan reputasi sebagai negara Afrika yang mempunyai rekod terbaik dalam Piala Dunia, gua tak expect Cameroon akan susah dalam game ni. Lain lah kalau mereka keracunan akibat makan nasi lemak Mak Limah.

Game ni pun tak susah nak predict.

Kata Bookie : Cameroon menang 2-0

Fin.

2 comments:

Unknown said...

sebelum gua marah. baik lu hentikan kaitkan nama gua. gua serius.

mikhaelahmad said...

oih, mana pulak cameroon 2. gua syak scoreboard tu terbalik bai.