Sunday, June 13, 2010

Kump C - WAGs, Super Amerika dan 2 Team kurang dikenali

KUMPULAN C


Akhirnya perlawanan yang paling ditunggu-tunggu dalam Piala Dunia tiba. Perlawanan yang melibatkan England. Lawan England adalah satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan Sepanyol dalam tempoh 3 tahun ini. Mantap bukan?

England hari ini akan kehilangan Ferdinand dan Barry, bukan Blackberry tu, ni nama pemain bola. Tanpa mereka England turut dijangka akan menampilkan persembahan menarik dengan Ledley King dan Joe Cole mengganti kekosongan tersebut. Jangan lah ada mana-mana WAG datang pagi nanti. Hilang fokus gua nak tengok bola kot.

Coach USA call gua tadi. Dengan riak dia cakap, Sepanyol pun gua boleh makan, England apatah lagi. Sumpah berlagak. Selepas gua tegur dia jangan berlagak dan cakap sikit pasal kekejaman Zionis di Palestin, dia beritahu gua USA akan mengamalkan permainan berdisiplin malam ni. Setiap pemain akan dibekalkan dengan cikgu disiplin masing-masing.

Gua dengar semua pemain England mengaku gay depan Terry sebab tak nak WAG diorang kena kebas. Tanpa WAG susah sikit England nak menang, tambahan pula USA sekarang semakin naik. Budak baru nak naik kata mat rempit yang meminati bola.

Kata Bookie : Seri 0-0


Ini adalah perlawanan yang gua paling tak reti review.Beb, gua tak kenal seorang pun pemain Slovenia. Gua bajet Skrtel, oh itu rupanya Slovakia. Kalau gua tulis pun sumpah lu tak kenal. Wann apatah lagi.

Pemain Algeria lah yang popular sikit. Yang gua kenal sangat pun Nadir Belhadj, bakal bekas pemain Portsmouth. Yang lagi dua gua tulis sebab gua pernah dengar nama. Main mana gua kurang jelas. Kalau rajin, sila-silalah Google diorang. Kalau tak percaya diorang ni tak feymes, cuba lu Google Map 'rumah Nadir Belhadj'. Mesti tak ada kan?

Okay. Ini memang sumpah gua tak tahu apa. Even Thailand pun gua tahu lebih dari ni. Yang pasti Slovenia adalah pasukan yang mengalahkan Russia untuk ke World Cup. Slovenia juga mengalahkan Rep Czech dalam kelayakan. Jadi dia bukan pasukan adik-adik ya.

Game ni kalau gua rajin gua tengok. Tapi kalau bosan memang gua tengok 20 minit pertama dan sambung tengok How I Met Your Mother pada minit seterusnya.

Kata Bookie : Algeria menang 1-0

Fin

3 comments:

say- O said...

nama wann mesti ada dalam setiap artikel, haha

mikhaelahmad said...

slovenia ada Koren jep. West Brom punya player kot kalau tak silap aku.

mikhaelahmad said...

cilaka, menyesal aku sebut Koren dekat sini. buleh pulak dia buh gol.