Thursday, July 1, 2010

La Furia Roja

Sebelum Say O kenal Espana, gua lebih dulu minat Espana.

Fernando Hierro, Morientes, Joaquin, Mendieta. Semua tu legend masa zaman-zaman gua minat Espana.

Masa zaman Iniesta digunakan sebagai impact player saja di Barca. Masa gua tak dapat kenal pasti yang mana satu Xavi, yang mana Xabi Alonso.

Pernah Torres (gua tak sure sapa cakap, rasanya Torres) cakap pada media 'Spain memerlukan goalscorer seperti Morientes.' Well sekarang dah ada Villa bukan?

Apart from all, gua rasa yang merevolusikan bola sepak Spain dan membuatkan gua minat menonton Spain adalah kerna seorang lelaki.

Encik Raul Gonzalez.

Ya. Dia. Cakaplah apa yang kamu mahu cakap. Villa lagi hebat, Torres lagi laju atau Raul lagi tua. Hakikatnya Raul Gonzalez masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak skuad Sepanyol walaupun sudah hampir 4 tahun tidak bermain dengan Sepanyol.

Ya. Memang Villa sudah dekat. Tapi skuad Sepanyol sekarang dibarisi all-star team. Villa atau Torres (sepatutnya) tidak akan ada banyak masalah untuk menjaringkan gol jika dibantu pemain seperti Fabregas, Xavi dan Iniesta.

Zaman Raul? Dia bermain dalam skuad Real Madrid pada umur 17 tahun. Dan sekarang dia memegang rekod jaringan gol Real Madrid di Eropah, domestik dan juga skuad Sepanyol.

Dalam the Galacticos yang sentiasa membeli penyerang berkaliber tinggi seperti Ronaldo Brazil, Ronaldo Portugal, Owen, Nistelrooy dan Higuain, beliau masih lagi mampu untuk menjaringkan gol setiap kali diberi peluang sebagai impact player.

Dihormati pemain setiap generasi, walaupun Real Madrid telah bertukar jurulatih, one man remain. Raul Gonzalez.

Ya, ini mungkin zaman untuk dia bersara. Tapi selain Zidane dan Ronaldo Nazario de Lima, ini adalah pemain yang aku sanjung dalam skuad Real Madrid.

Gua sarankan Vicente bawa Raul ke mana-mana tournament, jadikan Raul 'Beckham' Spain. Generasi ni, gua masih belum jumpa mana-mana pemain Spain yang boleh sama karisma dengan Raul.

Itu dia. Legend La Furia Roja.


p/s : gua percaya jika ada raul, spain tak akan gegar langsung.

Fin.

2 comments:

say- O said...

mengenali spain mula world cup 2006. memang masih mentah dalam sejarah diorang

Nazrin Saad said...

gua kenal spain masa fernando hierro main real madrid lagi.

hahahha