Saturday, July 3, 2010

Mari Makan Tomyam Brazil!

Gua dah cakap dari awal. Kem Belanda bukan kem pilihan utama gua. Gua lagi suka Argentina dan sedikit Sepanyol. Tapi disebabkan malas berebut dengan badan besar Perbadanan Blog WC, iaitu Fatin dan Say O, maka gua mengambil Belanda yakni pilihan kedua gua.

Dah banyak kali juga gua meramal kemenangan abang Belanda dan kerap kali juga gua diherdik kerna corak permainan Belanda yang agak konservatif dan mengamalkan paradigma yang terlalu singkat dalam ruang paradoks masa yang infiniti. Dalam erti kata lain, Belanda main terlalu berhati-hati.

Pehhh, sudahnya suku akhir Brazil lawan Belanda.

Gua dengar fan Belanda sebelah bilik gua di Cape Town ni dah check out awal pagi lagi. Betapa negatifnya pemikiran setelah melihat proses penapaian cili dek Luis Fabiano dan rakan-rakan.

Perlawanan bermula. Robinho membuka jaringan. Fan Brazil kat sebelah gua dah jeling panas kat gua. Gua angkat jari tengah baru dia berhenti pandang.

2nd half, semua pun ragu-ragu bolehkah Belanda buat comeback. Untuk makluman semua tiada lagi pasukan yang mampu membuat comeback dalam peringkat kalah mati Piala Dunia tahun ini.

Toing! Melo own goal. Toing! Sneijder header. Tetttt! Melo red card.

Fatin sms gua 'pehal kena titik ni?' Err, lu nak tengok team kena titik? Aaaa, lu tengok Argentina sok.

Oklah. Gua nak pergi pub celebrate. Jangan risau, gua tak minum bir, gua nak cari tomyam Brazil ja!

Fin.

2 comments:

Unknown said...

lu nak minta dari wa der?

say- O said...

esok argentina macam nak kalah. kata hati la..