Saturday, July 3, 2010

Long Live The King

Apa yang tak seronok bila 1-0? Pasukan yang ketinggalan pasti mula murung, mula kenangkan "sikit lagi kalau tak gua mesti dah tepis bola tu corner, dem".

Apa yang seronok bila 1-1? Pasukan yang mulanya ketinggalan tu mula jadi sekuat tiger. Macam kesan lambat dari marijuana, pasukan tu bangkit untuk kemenangan 2-1.

Samba generasi baru tak menarik. Nenek moyang Brazil lagi terer bersamba.

Mula-mula gua dah maki-maki sorang player Belanda ni, "Jangan main sorang, jangan main sorang! Dem! Kan dah hilang bola. Robben!".

Tapi, macam Mueller untuk Jerman, Villa untuk Sepanyol dan tak lain tak bukan, ada Sneijder untuk Belanda. Panas! Saham naik lagi nampaknya untuk mereka.


Lepas ni Jerman pula beraksi. Beraksi dengan Argentina. Argentina bai! Argentina ada Maradona-bayangan. Pemain terbaik dunia. Messi. Gerun. Minta-minta Messi tak skor gol tahun ni. Minta-minta Argentina lah tak skor gol. Senang kira.

Argentina memang power. Tak disangkal. Jerman juga power. Sebab Jerman ada kit jersi baru, kata Ballack menerusi Skype semalam. Dia kata hero masa final baru tunjuk muka. Dia la kata.

Duk asyik menunggu hari match esok, Podolski asyik tanya-tanya gua mana nak download video Torres skor gol? Gua pun tak tau. Torres bila nak skor ni? Podolski dah bagi gol angle baik punya. Kesian Podolski kempunan nak tengok video Torres skor gol.


Torres bila lagi nak dapat muka macam ni?


Berbalik kepada cerita awal tadi. Apa yang tak seronok bila 2-1? Pemain suka pijak pemain. Tak bagus. Sila lah main elok-elok. Semua orang nak tengok permainan yang menarik. Okay?


Yep. 2 gol. She's the man!


cut.

1 comment:

say- O said...

malam ni dia skor. insyaallah.