Friday, June 18, 2010

Abang Deutschland di Depan.

Hari ni gua tengok match Jerman kat mapley. Kuar ngan Fatin ngan Nazrin. Saja nak tengok, dah hari tu menang besar ngan Australia, 4-0 la kan? So, mau tak mau kena tengok jugak calon hangat champion world cup ni.

Sampai je mapley, terus gua amik nasi putih+kuah campur+ ayam KFChicklen 1 dan duduk. Sambil layan2 makan ngan tengok bola, gua perasan kat depan gua ada sorang brader badan besar (ismeth ngan aku pun kalah), pakai sweater DEUTSCHLAND.

At last gua nampak jugak fan Jerman yang berani menunjukkan kenegaraan angkatnya.

Layan match tu.

Jerman attack, attack, attack seolah2 ada Hitler tengah bagi ceramah anti- Yahudi kat stadium tu. Nasib baik bukan lawan Israel, tidak ka dan menangis Benayoun kat situ. Tapi Klose memang x reti nak jaga kaki. Slide salah, dapat 2nd yellow. Kena kad merah.

Abang deutschland garu kepala sikit.

minit 38, Serbia skor. Gua, Fatin ngan Nazrin memang jerit umpama mendapat berita UKM bagi duit free sejuta kat pelajar2 sekalian. Gila ecstacy.

Abang Deutscland mula silang tangan.

Masuk second half, Jerman bermula garang. Serbia mendefend cam malas. Bodoh Serbia. Tiru la camana Switzerland defend dulu, bongok.Seperti ramalan MakSu aku (peminat tegar ManU ni), Vidic telah berkelakuan bodoh. Bodoh yang amat sangat. Gara2 terlalu minat pada patung Helang besar di Langkawi ketika melancong ke sana setahun yang lalu, beliau telah meniru gaya burung helang terbang mengembangkan kepaknya.

Jerman dapat penalti. Vidic kena yellow card. Boleh lagi Vidic senyum. Entah mungkin sengaja, senang sikit alasan Ferguson nak jual dia pergi Real Madrid nanti. Lukas Podolski ambik position.

Abang Deutschland menjenguh kepala ke hadapan sikit.

Podolski sepak ke kiri gol. Keeper jatuh ke kiri gol. Satu mapley bersorak. Bola muntah ke kiri. Sorang player Jerman cuba rembat, sorang defender block dengan bergayanya. Gua, Fatin n Nazrin bersorak gila.

Abang Deutschland menundukkan kepala.

Mad datang, sekali ngan Opah dan sape tah. Entah macamna meja kami SAHAJA yang penyokong Serbia. Yang lain? senyap bila Jerman kena counter berkali-kali. Hairan gua. X da fan England, Argentina, Italy, France, Spain, Holland, Ivory Coast, Jepun kah di situ? Semua orang lain nak Jerman menang ke?

Bunyi wisel penamat, match habis. Gua dah mula mikir nak tulis ape kat blog. Gua memang happy gila. Sebab selama ni kem Jerman yang bising lebih. Kali ni konpem mereka diam 5 hari. Waktu orang ramai bergerak pulang, gua nampak

Abang Deutschland bangun pergi dengan wajah muram sambil di-consolate oleh rakannya.

Takpe brader, gua paham. Gua dah sedih dulu. Gua lagi teruk, siap kena kutuk direcy ngan pakcik mana tah. "yang pakai jersey spain boley balik dulu kot, takda pa dah spain. pasing ja lebih, shot haram tak reti." Memang panas gua. Tapi kali ni gua tak kutuk personal, gua cuma sorak seronok bila Serbia menang.

Rasanya yang kat Alor Staq tu pakai baju deutschland jugak ke time tengok match?

Guten Tag Deutchland!!

Walt Disney presents...







Fin.

Go! No No! Gostan..

Penat menganjeng kem lain. Akhirnya tersungkur juga kem sindiri di perlawanan kedua. Dem.

Podolski. 3 kali Podolski. 3 kali. Aduh.

Tengok England pula pagi nanti. Kena simpan congkak lah macam ni.


Bukan 1 tapi 3 kali.



cut.

Sebab-sebab Jerman Tak Boleh Menang World Cup

1. Suka pakai tight di tempat awam



2. Suka minum wain.

3. Tak boleh tidur kalau tak ada Mr Shu-shu di sisi.



Fin.

Here We Go Again

Malam ni saat yang getir. Saat yang getir untuk kem Jerman. Setelah kejayaan Jerman memeriahkan Piala Dunia 2010 di match pertama, Jerman bakal sekali lagi mesti mengekalkan performance yang sama.

Penduduk dunia amat berharap kepada Jerman untuk menghingar-bingarkan suasana pesta Piala Dunia. Dengan kit yang baru dari Adidas, gua percaya kita mampu menggegarkan lagi gawang gol lawan pada malam ini. Yeah! Kita boleh! Kita boleh!

"Jersi baru ini akan memberi kami lebih umph untuk menghadapi Piala Dunia 2010 ini." bukan gua kata, Abang Ballack yang kata.


"Bro, apa cer lu sekarang?" Gua sms dia semalam.



Semalam gua main congkak dengan kem Argentina. Gua saja puji-puji diorang pasal pesta gol semalam. Lepas 2nd half terus dapat hat-trick. Gua tanya apa rahsia di bilik persalinan?



Dem. Vuvuzela ni macam-macam function rupanya.


p/s: part penggunaan vuvuzela tak disertakan dalam dvd Argentina's Hat-trick Tips.



Subuh tadi gua nak call Arjen Robben, dia dah call kem Belanda rupanya, patut la engage saja. Gua bosan-bosan, gua call la Abang Willy. Oh. Maaf, tak kenal pula, Prince William kenal?

Dia memang frust England seri match pertama hari tu. Dia kata dia dah puas sound pasukan England guna skype hari tu. Gua rasa lepas ni England mesti try gila-gila punya nak menang. Abang Willy cakap kalau tak menang juga satu skuad kena buang negara.


Leks bro, lu jangan monyok muka. Biasa la tu seri.



Harapan gua, moga Jerman dan England mencapai tahap moksya semasa mengemudi Jabulani ke gawang gol lawan masing-masing. Tapi, Jerman akan capai trofi Piala Dunia terlebih dahulu. England boleh tunggu dengan Spain 4 tahun lagi.



Kenangan terindah. Teruskan jadi kenangan.




cut.

Entri Fatin dan Wann Boleh Faham

"Wakka Wakka Hei Hei" (Bunyi ringtone henset gua)

Kat skrin henset terpampang "Arjen Robben (AR) calling.."

Gua pun angkat dan...

Gua : Pehal call Subuh-subuh ni bai?
AR : Kejut lu Subuh la. Lu dah Subuh belum?
Gua : Eh, cilaka. Baru azan la, gua tau la kat sana lambat lagi Subuh. Ni pehal ni?
AR : Takde, gua nak tanya lu tengok game France dengan Spain tak?
Gua : Aah, gua tengok. Game Spain gua tengok sambil main kad je lah tapi. Nape?
AR : Hahaha, gua risau diorang tak lepas grouping lah bai. Bukan pe, gua kan dah janji nak tukar jersi dengan Henry dengan Fabregas bagi kat lu.
Gua : Oh, takde hal lah. Gua melawak je dengan lu. Lu main la elok-elok, gua tengok Jerman dengan Argentina dah skor 4 tu.
AR : Takde hal lah. Argentina kalau tak ada Messi katek tu habis lah derr. Jerman ingat diorang je kenal Jabulani, gua pun main kat Jerman bai.
Gua : Derr, lu jangan ngata Messi dowh. Fatin marah gua nanti. Eh Sabtu nanti lu main tak?
AR : Tak sure lagi. Lu tengok bola kat mana?
Gua : Entah. Kalau malas KTHO ja. Kalau semaangat pergi Fareez. Takpun lepak dekat Supremo Donuts and Coffee.
AR : Gua tak sure lagi leh main ke tak. Kalau tak leh main gua join lu boleh?
Gua : Boleh je derr. Nanti gua mesej lu. Lu pakai no maxis ke celcom ni? Ke nak gua mesej pakai nombor ni je?
AR : Gua dua-dua nombor pakai lagi derr. Roger awal sikit lah ea?
Gua : Okay. Takde hal lah. Okay, gua gerak dulu. Eh, sebelum tu, World Cup boleh menang tak?
AR : Mestilah boleh derr. Takde hal lah. Okay, lu solat lah dulu. Gua nak tengok One Piece jap. How I Met Your Mother pun gua baru siap download. Bye.
Gua : Bye.

Gua meletakkan henset ke tepi dan bergegas ke bilik mandi. Esok cerita kat Say O Arjen Robben call gua mesti dia tak percaya. So gua letak gambar.

Fin.

Au Revoir France

ARG VS KOR


Macam ni lah World Cup!! Kata Messi kepada rakan-rakannya. Walaupun gua rasa Maradona masih tidak tahu bermain dengan taktik dan gua rasa memang teruk kalau jumpa England, Brazil atau Korea Utara tapi Argentina tetap punya flair. Korea, pasukan Asia terbaik setakat ini masih jauh di belakang Messi. Ya, bagi gua Man of the Match adalah Messi bukan Gonzalo 'si penjaring gol tempek' Higuain. Milito lagi bagus. Fatin seronok lah tu.

Kata Bookie : Argentina menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Argentina menang 4-1
MAN OF THE MATCH : GONZALO HIGUAIN

GRE VS NIG


Perlawanan yang kurang menjadi tumpuan. Negara yang tak pernah menang perlawanan World Cup, Greece, menentang Nigeria. Greece telah memanfaatkan kelebihan bermain 10 lawan 11 dengan melakukan satu pengembalian (comeback) dan menang 2-1. Selepas ini Argentina! Senang saja bukan mamat-mamat Sparta??

Kata Bookie : Nigeria menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Greece menang 2-1

MAN OF THE MATCH : VINCENT ENYEAMA

FRA VS MEX


Tak susah nak review game ni. Perancis tidak mahu bermain bola. Dan Perancis tidak ada coach. Perancis punya skuad yang berbakat dengan meninggalkan Samir Nasri di rumah. Tapi kesebelasan utama mereka melibatkan Govou dan Anelka. Siapa Govou? Trivia untuk peminat Chelsea, Anelka tidak pernah sekali pun menjaringkan gol di dalam major tournament yang disertainya. Dan pada separuh masa kedua Anelka dan Govou digantikan dengan Gignac dan Valbuena? Okay. Memang coach gila. Perlu jaring gol, hantar mamat rambut sikat belakang? Derr, si Handball Henry could do better. Pada yang tak tengok game ini, ada adegan pemain Perancis buat-buat warm up di belakang padahal tengah mengata coach. Priceless!! Oh dan bakal pemain MU ini bermain dengan sangat bagus.

Kata Bookie : Perancis menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Mexico menang 2-0

MAN OF THE MATCH : JAVIER HERNANDEZ

Fin.