Showing posts with label kem Jerman. Show all posts
Showing posts with label kem Jerman. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Hail Deutsch!

Nampaknya Jerman agak konsisten dalam perlawanan-perlawanan mereka. Nombor 4 kian diminati oleh pasukan Jerman. Nampak sangat Jerman TAK sokong Illuminati!

Muller, Klose dan Podolski. Gua rasa nak ajak mereka main PES2010 esok sambil makan kuaci.

Eh, lupa celebration. Omaigawd! Omaigawd! Omaigawd! 4-0!

Sepanyol bila lagi?

Oh ya, Maradona boleh lari bogel dalam rumah sendiri nanti okay?


Out!!


cut.

Monday, June 21, 2010

Minggu Senyap Jerman

Minggu yang senyap bagi kem Jerman dikala dititik Serbia 1-0. Lusa 3rd match. Game penentuan. Macam mana pun kena menang. Tolong jangan bagi penalti pada Ghana lagi. Tak kan semua game pun nak bagi gol suap untuk Ghana.

Oh ya, jangan guna pengadil yang sama juga. Suka sangat main kad. Dem.

Klose tak ada match depan. Remote kontrol Jabulani gua kasi dekat Khedira. Dari jauh kontrol bola Podolski masuk gol.


"Tahun ni gua berpeluang pegang remot kontrol, gua memang besar hati." - Khedira


Minggu ni Podolski kena dera dengan menonton replay videoclip sepakan penalti dari Ghana. Asamoah Gyan dengan giannya menyepak gol penalti. Mudah bukan? Jerman ada Jabulani bai, Jabulani! 3 kali try pun tak masuk gawang gol. Penalti pun penjaga gol boleh predict? Berdarah mata Podolski minggu ni.

Nak suruh Podolski tengok videoclip gameplay Torres. Tapi Torres pun tak score lagi. Tak apalah, tunggu Torres score gol dulu baru tengok ramai-ramai. Anelka kalau nak tengok juga pun boleh.


Tiup bola masuk gol. Sila kurangkan amalan ini.


Tahun ni punya Piala Dunia, skuad negara-negara legend banyak kecundang kepada pasukan bawah-anjing. Gua pun tak tau kenapa, gua rasa saja nak buat kelainan. Tapi Jerman boleh lagi teruskan tradisi nenek moyang. Masih ada sinar harapan.

Sepanyol masih boleh cuba. Torres tak kena kad merah lagi. Perancis.. Memang cis betul. Depa memang malas nak main. Katanya awek Afrika Selatan tak romantik macam awek di Perancis. Semua pakat-pakat nak balik awal.

Kepada pemain England yang kini hidup dalam buangan, boleh ke pejabat jabatan pendaftaran negara Jerman, kami menerima kemasukan anda ke skuad Jerman untuk match 4 tahun lagi. Oh ya, Green boleh pergi masuk Cameroon. Ada kekosongan disana.

Itali. No komen. Belanda.. Belanda ada imuniti. Tak boleh dihanjeng untuk minggu ni.

Dem.


Tak ada motif.



cut.

Friday, June 18, 2010

Go! No No! Gostan..

Penat menganjeng kem lain. Akhirnya tersungkur juga kem sindiri di perlawanan kedua. Dem.

Podolski. 3 kali Podolski. 3 kali. Aduh.

Tengok England pula pagi nanti. Kena simpan congkak lah macam ni.


Bukan 1 tapi 3 kali.



cut.

Here We Go Again

Malam ni saat yang getir. Saat yang getir untuk kem Jerman. Setelah kejayaan Jerman memeriahkan Piala Dunia 2010 di match pertama, Jerman bakal sekali lagi mesti mengekalkan performance yang sama.

Penduduk dunia amat berharap kepada Jerman untuk menghingar-bingarkan suasana pesta Piala Dunia. Dengan kit yang baru dari Adidas, gua percaya kita mampu menggegarkan lagi gawang gol lawan pada malam ini. Yeah! Kita boleh! Kita boleh!

"Jersi baru ini akan memberi kami lebih umph untuk menghadapi Piala Dunia 2010 ini." bukan gua kata, Abang Ballack yang kata.


"Bro, apa cer lu sekarang?" Gua sms dia semalam.



Semalam gua main congkak dengan kem Argentina. Gua saja puji-puji diorang pasal pesta gol semalam. Lepas 2nd half terus dapat hat-trick. Gua tanya apa rahsia di bilik persalinan?



Dem. Vuvuzela ni macam-macam function rupanya.


p/s: part penggunaan vuvuzela tak disertakan dalam dvd Argentina's Hat-trick Tips.



Subuh tadi gua nak call Arjen Robben, dia dah call kem Belanda rupanya, patut la engage saja. Gua bosan-bosan, gua call la Abang Willy. Oh. Maaf, tak kenal pula, Prince William kenal?

Dia memang frust England seri match pertama hari tu. Dia kata dia dah puas sound pasukan England guna skype hari tu. Gua rasa lepas ni England mesti try gila-gila punya nak menang. Abang Willy cakap kalau tak menang juga satu skuad kena buang negara.


Leks bro, lu jangan monyok muka. Biasa la tu seri.



Harapan gua, moga Jerman dan England mencapai tahap moksya semasa mengemudi Jabulani ke gawang gol lawan masing-masing. Tapi, Jerman akan capai trofi Piala Dunia terlebih dahulu. England boleh tunggu dengan Spain 4 tahun lagi.



Kenangan terindah. Teruskan jadi kenangan.




cut.

Thursday, June 17, 2010

Bola Itu Masih Bulat

Jabulani. Gua ingat nama pemain Pakistan atau pun Nepal. Nama bola rupanya. Gua baru nak kutuk nama Jabulani ni dan nak cop sebagai nama paling hodoh, tapi di Switzerland ramai lagi yang lagi hodoh nama mereka. Tapi hodoh-hodoh pun, masih ada gol. Itu yang penting dalam Piala Dunia.

Jabulani. Penjaga gol cakap bola ni susah nak tangkap sampai ada yang terlepas. Kan? Penyerang gol cakap bola ni susah nak masuk gol. Pemain tengah cakap sepak crossing jauh-jauh memang jauh betul dia pergi. Penonton dekat rumah pun cakap bola ni teruk, tak bagus. Gua pun tak tau bila mereka pernah sentuh bola Jabulani ni.

Jabulani. Orang cakap sebab bola ni lah pesta gol tak menjadi. Jerman dapat 4 kosong sebab dah pernah guna! Jerit kem negara lain kepada kem Jerman semalam on the way nak masuk toilet.

Oomaiigaawwdd! Argentina baru pesta gol 4 - 1 dengan pasukan separa-atas-anjing Korea Selatan. Argentina baru sekali guna bola tu. Oh well. Best saja kan bola tu Higuain? Hensem betul lu main malam ni.



Gua rasa gambar ni yang menimbulkan syak dari kem negara lain.



Oh ya, kurang menyerlah pula pemain terhebat dunia. Gua dah termimpi-mimpi melihat gerakan hebat beliau. Mungkin nanti kot.

Hebat Argentina malam ni.


She's the man.



cut.

Berakhirnya Penungguan 6 Hari

6 hari menunggu. Pasukan faveret commentator masuk dengan pasukan bukan faveret commentator. Lagi penting, pasukan faveret seorang penyokong tegar dari Kolej Dato' Onn.

Pasukan Sepanyol main, fuh, kemas. Serangan bertubi-tubi. Tu tak masuk Torres lagi, kata orang sepatutnya hero Sepanyol untuk hari ini.

Torres masuk lambat. Selalu hero telenovela memang macam tu. Dalam skrip cerita, Sepanyol sepatutnya ketinggalan 1 gol, tapi hero masuk dan sumbangkan 2 gol serta 1 gol terbaik dalam sejarah Piala Dunia.

Tapi, standard procedure untuk tahun ni, bola sepakan kencang mesti kena palang gol untuk menguji ketahanan tiang gol stadium di Afrika Selatan. Kata kontraktor, sama kuat dengan rambut orang Afrika Selatan.

Xabi Alonso contoh terbaik malam ini. Gegar tiang, gegar juga jantung gua. Nasib baik gegar tiang saja.

Switzerland main serabut. Passing kiri kanan, short passes dengan pemain pasukan lawan, tapi Switzerland ada gol. Itu saja beza yang ada pada pasukan bekas bakal juara dengan pasukan bawah-anjing untuk malam ini.

Baru nak ajak kem Sepanyol main congkak sekali dengan kem Jerman dengan kem Belanda, tapi nampaknya kem Sepanyol mungkin sibuk menyusun strategi baru guna Pro Evolution Soccer 2010 malam ni.

Lain kali kita main sekali ya?

Dah tak ada kem lain dah, kita tonton Afrika Selatan main pula sebab kem Jerman ada hubungan diplomatik dengan kem Afrika Selatan. Jualan dvd dari kem Jerman makin larislah lepas ni sebab dvd dari Sepanyol tak sampai standard.

Well, nice game. Gua terhibur. Terima kasih.

Oh ya, pemain pasukan yang kalah jangan sepak barangan jurukemera, sebab tak masuk insuran pasukan kalau rosak nanti. Kerjasama anda amat dihargai.



Aksi ni hampir berlaku malam ni.


Sekian.



cut.

Wednesday, June 16, 2010

Sepanyol Bila Lagi?

Nasib baik gua tengok match Slovakia lawan All-Whites dekat Astro saja semalam. Gua rasa New Zealand patut kekal main ragbi saja. Anda lagi nampak gerun begitu disamping tarian Hakka. Hentam Slovakia dalam liga ragbi, nanti gua set match untuk korang.

Perlawanan Portugal dengan Ivory Coast. Memang sengit. Gua dah hampir-hampir sokong Ivory Coast dah semalam, nasib baik Christy buat sepakan kena tiang, last skali gua sokong Korea Utara juga.

Gua dapat booking tiket last semalam ke Johannesburg. Dapat seat belakang manager Korea Utara kot. Gua tengok manager dengan coach Korea Utara lagi syok usya pemain Brazil dari pemain sendiri, yela, bukan selalu jumpa pemain-pemain penggegar dunia ni.

Pemain Korea Utara memang superb. Gua tengok Brazil tercungap-cungap juga bila Korea Utara lancarkan serangan nuklear mereka ke gawang gol Brazil. Walaupun tak menang, tapi teruskan berkomunis dalam group anda Korea Utara.

Kalau Malaysia dapat main macam Korea Utara, gua rasa Amri Yah Yah dah jadi pemain termahal dunia sekarang.

Gua tak rasa sangat bahang Piala Dunia selain dari kem gua sendiri. Gua rasa macam rugi pula subscribe sports channel ni. Gua harap pasukan lepas ni jangan bosankan gua lagi. Tak kan nak harapkan Jerman saja pesta gol?

Boleh tak Sepanyol?



Bila Brazil gol, dia ni yang seronok lebih.


cut.

Tuesday, June 15, 2010

Kem Jerman Subscribe Sports Sebulan

Seribu kemaafan kepada kem-kem negara lain. Kem Jerman baru nak join sembang bola disini. Bukan apa, sibuk meraikan pesta gol tempoh hari, disamping merancang strategi perniagaan dvd "How Do The Germans Do It?" kepada kem-kem negara Afrika.

Jutaan terima kasih kepada tuan punya belog, kerana tak putus-putus menyumbang harapan kepada kem Jerman untuk dapat kebenaran menaip entri di sini.

Lepas ini, kem Jerman akan agak sedikit gigih untuk menaip entri. Lagipun tak kan nak baca entri dari kem Belanda saja bukan? Tapi at least kem Belanda dengan kem Jerman dapat raikan pesta gol, walaupun tak seberapa.

Tahniah kepada kem Belanda, gua agak terhibur dengan perfomance dan passes yang pasukan anda lakukan. Prachtige spelen! bak kata orang Belanda yang duduk dibelakang seat gua semalam.

Itali? Paraguay je kot? England jangan sengih-sengih sangat.

Perlawanan lepas ni agak best. Portugal. Brazil. Fuh. Kena siap kopi banyak malam ni. Silap haribulan Korea Utara buat rembatan komunis tepat ke gawang gol Brazil. Lagi interesting. Apa pun malam ni.

Teksi gua dah sampai, nak kena bergerak ke Afrika Selatan lagi. Minta-minta trafik tak jem. Jumpa kita di sana.

Sepanyol bila lagi?



cut.