Showing posts with label kem England memang genius. Show all posts
Showing posts with label kem England memang genius. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Ulasan #4

Masuk ni, baru tiga kali aku tulis review game, tapi aku dah rasa semput semacam. Penat juga tulis panjang-panjang. Untuk menyahut seruan bookie, maka aku, wakil dari kem England, mengambil keputusan untuk buat review sesimpel mungkin. Gua nak buat elaborasi dalam bentuk poin.

Dutch Lady 2 - o Danish Cookies
  • Aku rasa nak sokong Danish Cookies, sebab aku tak suka sangat susu.
  • Tapi, bila fikir balik, ayam belanda dekat subway sedap juga.
  • Dan bila aku tengok match ni, aku rasa bersyukur sebab tak sokong mana-mana.
Honda City 1 - Cameroon Highland
  • Setelah menonton perlawanan ni dengan khusyuk dan tawadhuk, aku dah buat hipotesis bahawa, player dekat sini semua dah lupa ni world cup ke friendlies.
  • Masing-masing guna strategi bawak bola dekat kotak penalti, lepas tu buat magik. "Bola sekejap di kaki saya, sekejap di kaki mereka. yeay!"
Italy 1 - 1 Para-para-guay
  • Hipotesis diterima!
  • Aku rasa diorang ni ecing-ecing lupa diorang main kelab ke main negara. "Eh, kau kelab aku ke nok? Nah bola. Eh nok, tapi kenapa jersi kau lain?". Pass semua cantik, tapi bagi entah sapa-sapa. (Mira, 2010)
ENtri ini tidak bergambar. Internet di rumah aku menghampakan hari ni.

Oh, selamat datang kem Jerman. Moga-moga ceria sikit le perang kem.

Saturday, June 12, 2010

WCTS 2010

Kursus WCTS 2010 diwujudkan khas untuk mendedahkan strategi permainan bola sepak antarabangsa kepada budak-budak yang baru nak up macam Wann.

Bab pertama bagi kursus ini ialah 'Strategi Asas Bola Sepak Dunia'. Walaupun permainan bola sepak mempunyai pelbagai taktik dan strategi yang kompleks dan mengancam seperti 'bagi dan gerak', 'pergerakan tiga segi', 'bertukar sayap', 'curi ayam' serta 'bola pantai dalam padang', namun strategi asas masih diperlukan bagi mana-mana negara. Tanpa melengahkan masa dan memenatkan jari, mari kita teliti bersama strategi asas bagi beberapa negara.

Oh, sebelum tu, gua nak ingatkan. Gua cuma kasi lu orang gambarajah ni je. Penerangan lu orang pandai-pandai lah elaborate sendiri. Gua malas nak buat research. Buat research lebih bukan dapat stay kolej pon.



*Spain gua tak ada idea apa strategi diorang guna. Cikgu kem gua dah pindah ke kem Malaysia sebelum sempat masuk syllabus tu. Tapi gua syak takde beza sangat pun dengan Brazil.