Saturday, November 5, 2011

Emile Heskey dan Andrew Carroll


Aku minat Arsenal sebelum zaman Invincible. Masa zaman Arsenal leading MU 5 point lebih, tapi kalah last game dengan Leeds ke apa tah dan kalah EPL dengan MU.

Dan zaman tu juga aku dah kenal Liverpool.

Zaman Gerard Houllier beli El Hadji Diouf sebelum Piala Dunia 2002, dan masa Piala Dunia dia meletop, masa main di Liverpool dia main macam setan. Zaman Owen memang gila-gila power. Zaman ada Heskey partner Owen dan Fowler.

Aku tak tahu berapa ramai Kops sekarang kenal Liverpool masa tu. Sebab bagi kawan aku, yang juga peminat Liverpool, zaman tu Liverpool tak kuat.

****


Emile Heskey

Andrew Carroll

Aku sedikit tertarik bila tahu King beli Carroll. Sebab Carroll ni ada sedikit kena mengena dengan salah seorang ex Liverpool yang agak femes juga iaitu Heskey.

Persamaan :

* Houllier beli Heskey masa dia main England under 21. Pemain muda. Sama macam Carroll.
* Masing-masing rekod signing. Heskey 11 juta, Carroll 35 juta.
* Pengurus beli untuk menggantikan penyerang prolifik kelab mereka. Heskey sebagai peralihan untuk menggantikan Fowler, Carroll untuk menggantikan Torress.
* Masing-masing ada body yang kuat. Dan kekuatan ni yang digunakan sebagai strategi untuk accomodate pasangan penyerang yang laju. Heskey-Owen. Carroll-Suarez.

****

Okay, jangan pandang rendah Heskey. Dia adalah sebahagian anggota kelab yang menang Treble tahun 2001. Tapi season selepas tu dia flop, flop dan flop.

Persoalannya : Di atas persamaan di antara dua permain ini adakah Carroll pun akan flop juga?

****

Fakta :

Kops jangan cepat sangat cakap sejarah tak mungkin berulang. Tahun 1978 Pope John Paul I mati misteri (ada dalam Angels and Demon) dan pada tahun yang sama Liverpool menang European Cup. Dan pada tahu 2005 Pope Benedict mati dan kita semua tahu apa yang terjadi di Liverpool pada tahun tu.


1978

2005



So, adakah sejarah akan berulang lagi?

fin.

Thursday, September 29, 2011

Liga Juara-juara


Macam biasa, hanya team power saja yang boleh menang di Liga Juara-juara minggu ni. Dan hanya team yang betul-betul power saja boleh menang kat tempat sendiri.

Apa cer Man Utd, Man City dengan Chelsea?

***

Apa cer pula Liverpool? Buat apa minggu ni?

fin.

Friday, September 23, 2011

Hidup Balik


Dah lama gua plan nak delete natang blog ni. Tapi tak daya pula. Dah setahun haram tak update sebatang habuk pun, gua tak delete juga.

Cadangnya gua nak tulis untuk Piala Dunia saja, tapi since kepala otak gua memang gila bola dan gua tersangat la malas nak masukkan elemen bola dalam blog peribadi gua (sebab nanti payah gua nak refer balik), so gua rasa apa salahnya blog ni dihidupkan semula.

Well, banyak benda tentang bola yang nak gua tulis, tapi tak tertulis. So bila ada blog ni, gua harap gua tulis. Orang baca tak baca tu lain cerita lah.

Kalau gua sorang tulis, gua tulis la pasal kepoweran Arsenal, kebangangan MU dan penantian Liverpool. Tak pun gua boleh tulis pasal kebangangan FAM.

All in all, gua hidupkan balik blog ni sebab gua rasa gua nak tulis pasal bola balik.

Sebab minat.

Gua harap ada insan yang baca. Kah! Kah! Kah!

fin.

Monday, July 12, 2010

To be or not To be..

To be or not to be, that is one's destiny.

Gua bukan sore loser. Kalau kalah, gua terima kekalahan melainkan kalau kekalahan itu disebabkan oleh tangan Tuhan atau gol palang yang tak disahkan.

Bagi gua game ni fair, 50-50.

Cuma frankly, what's up with Howard Webb?

Gua tak kisah dia mau yellow carded semua pemain Belanda. Fine by me. Gua faham stail permainan Belanda.

Cuma kenapa sampai 16 kad? Kasar sangat ke? Ada yang lagi kasar sebelum ni kan?

Okay. Gua ada teori.

Bila final orang akan perhati 2 benda saja. Team A dan Team B.

Orang tak perhati ref.

So macam mana ref nak take the limelight?

Just book the player with the slightest foul to show that the game is in the ref's hand. Ref is the MAN.

Then, pemain akan takut dengan ref and so the world will see the ref.

Webb, lu EPL pun sangkut, gua tak faham kenapa lu boleh officiate World Cup final.

Orang tengok bola memang nak tengok team A dan B, bukan nak tengok ko. Tolong jangan over.

Gua percaya kalau Ivory Coast tu dah berlambak dah kena kad merah. Sumpah.

Yang patut dapat advantage pun nak juga bagi free kick. Spainwise or Hollandwise.

Capital F for reFF.

Fin.

Thursday, July 8, 2010

Silenced!

Kali ni memang best. Tak payah ramalan syirik dari sotong, hanya satu yang perlu oleh player juga peminat2 Spain.


INNER FAITH AND BELIEVE.


Once again Spain tunjuk kemampuan diorang untuk step up and play to expectation. Memang panas build up untuk game semalam. Semua paper, webnews, berita RTM sampai ke sms pun predict germany menang. Puji germany kaw2.


Again, Spain silenced the critics. Spain won by 1-0. Header kacak dari si kacak Puyol. However that scoreline didn't justify the game. They could have easily won by 3 or 4 up.


Rahsia kejayaan?rambut gua.
Seperti kajian aku masa Euro dulu, Spain hanya akan total devastating bila ada 5 midfield men, 1 striker. Teori ni tebukti semalam. Germany takda peluang sangat nak attack. Semua kantoi kat midfield. Memang mantap especially 2nd half.


Macamanapun aku tetap salute team Germany ni. Muda, teknikal skill tinggi, badan tinggi, hardworking ngan laju. Memang diorang layak dapat special award aku rasa untuk world cup kali ni. Aku rasa Euro 2012 nanti, diorang patut di-consider sebagai real contender. Tapi Pedro bodoh nak mampus satu moment tu. Patut pass kat Torres, jadi lawa sket 2-0. Kesian Torres..kalau masuk 1 gol je, konpem meletup lepas tu.


Apapun, aku suka dan hepi. Belanda, jumpa di final.


p/s: semalam mesej arip, dia tak jawab...aku simpati (dalam suka).

Tahniah Oranje

Malam ni giliran Spain pula.

Oh, lu orang ada baca tak yang Paul tu fake sebenarnya.

Wednesday, July 7, 2010

Review Minit 22

Baru balik berak. Online fifa.com. Lepak-lepak sambil pakai towel lagi.

Baru nak pakai seluar.

Damn. Dah gol sebijik.

Setapak dah kat Soccer City.

Fin.

Tuesday, July 6, 2010

Sotong

Korang semua ada baca paper tak? ada perasan tak berita pasal sekor sotong faymes skarang ni. Sotong ni bukan sebarangan, ini sotong bookie. Tugas sotong ni meramal result2 untuk matches German. Perhatian, Jerman saja. Takda England, Spain, Italy, Argentina mahupun Nigeria.

Setakat ni semua prediction dia tepat. Diulang, SEMUA TEPAT. Sotong predict kalah ngan Serbia, memang kalah. Menang ngan Argentina? Memang menang. Camna dia predict? Korang cari sendiri la kat internet. Yang bestnya, dia ada predict jugak untuk match Spain vs Germany esok. Katanya,

Gua hensem kan?

Spain menang. Germany kalah.

Haha, aku bukannya syirik, percaya pada tilikan. Tilikan selalunya kebetulan. Dan takda yang pasti selagi benda tu belum jadi. Berapa ramai tilikan2 agung mengatakan Brazil akan menang, England akan menang, Spain akan sapu world cup...semua nonsense selagi tak jadi.

Satu lagi, semua orang termasuk news predict German akan menang (kecuali sotong). Semua bincang pasal Mueler suspension, new germany blood, new generation of germany footballers, beckenbauer backs germany to beat spain...blablaba....

Bila jadi tumpuan ramai..

Semua tu aku suka, sebab situation ni buatkan spain jadi underdog, which is a very good position for the spaniards. Spain selalunya struggle bila jadi favourite atau bila people expect them to beat others easily. So, overall it's good psychologycally for them.

Dan seperti biasa, aku mahukan Spain menang. 1 ke, 2 ke, 3 ke, 4 ke, x da hal. Janji menang.

Merenung Masa Depan

Ahhh. Gua bukan Fatin dengan Mat. Masing-masing bergaduh dalam shout-box berkenaan pasukan mana yang lebih hebat walaupun telah terkeluar dari saingan.

Gua tak suka memandang sejarah. Gua lebih suka memikirkan masa depan.

Malam ini pasukan le Oranje akan menentang satu lagi saingan dari Amerika Selatan, Uruguay. Sudah tentu pemain utama pasukan ini adalah bekas pemain Manchester United iaitu Diego Forlan.

Gua gentar juga bila tengok form Forlan ni. Ala-ala Klose pun ada juga.

Gua harap Persie boleh skor malam ni.

Gua tak nak terlalu konfiden macam Argentina. Maradona hisap curut saja semasa sesi latihan.

Gua cuma nak Belanda menang 1-0. Dah. Cukup.

Fin.

Teman Nama Fatin

4 Julai gua mesej Fatin berkenaan perlawanan Argentina vs Jerman,

Gua :
"Aih, takkan kena 3 dah dok?"

Fatin :
"3 menda? Dah 4 dah. Spain pulak lah pasni."

Ceh. Tak istiqamah langsung.

Babai Messi.

Fin.

Saturday, July 3, 2010

Hail Deutsch!

Nampaknya Jerman agak konsisten dalam perlawanan-perlawanan mereka. Nombor 4 kian diminati oleh pasukan Jerman. Nampak sangat Jerman TAK sokong Illuminati!

Muller, Klose dan Podolski. Gua rasa nak ajak mereka main PES2010 esok sambil makan kuaci.

Eh, lupa celebration. Omaigawd! Omaigawd! Omaigawd! 4-0!

Sepanyol bila lagi?

Oh ya, Maradona boleh lari bogel dalam rumah sendiri nanti okay?


Out!!


cut.

Du Hast!

Rammstein punya performance, memang aku suka. Kalau korang kata Lady Gaga dah unik, tengok dulu konsert Rammstein. Brutal, unik dan bodoh kekadang. Dan aku rasa malam ni aku akan layan lagi lagu Rammstein, sebab aku definitely believe yang JERMAN AKAN MENANG LAWAN ARGENTINA.

Stakat Maradona, memang bungkus bila nak lawan taktikal. Pandangan aku. So, malam ni bila Jerman skor, aku nak nyanyi "Feuer Frei (open fire)". Bila match habis dan Jerman menang, aku nak nyanyi pulak "Du hast (you have)" untuk team Jerman. Sebabnya?

You still have us the Spaniards before you can go to the final.

Sebab aku predict Spain menang 4-0.

Yeah, vamos Espana!!!

Long Live The King

Apa yang tak seronok bila 1-0? Pasukan yang ketinggalan pasti mula murung, mula kenangkan "sikit lagi kalau tak gua mesti dah tepis bola tu corner, dem".

Apa yang seronok bila 1-1? Pasukan yang mulanya ketinggalan tu mula jadi sekuat tiger. Macam kesan lambat dari marijuana, pasukan tu bangkit untuk kemenangan 2-1.

Samba generasi baru tak menarik. Nenek moyang Brazil lagi terer bersamba.

Mula-mula gua dah maki-maki sorang player Belanda ni, "Jangan main sorang, jangan main sorang! Dem! Kan dah hilang bola. Robben!".

Tapi, macam Mueller untuk Jerman, Villa untuk Sepanyol dan tak lain tak bukan, ada Sneijder untuk Belanda. Panas! Saham naik lagi nampaknya untuk mereka.


Lepas ni Jerman pula beraksi. Beraksi dengan Argentina. Argentina bai! Argentina ada Maradona-bayangan. Pemain terbaik dunia. Messi. Gerun. Minta-minta Messi tak skor gol tahun ni. Minta-minta Argentina lah tak skor gol. Senang kira.

Argentina memang power. Tak disangkal. Jerman juga power. Sebab Jerman ada kit jersi baru, kata Ballack menerusi Skype semalam. Dia kata hero masa final baru tunjuk muka. Dia la kata.

Duk asyik menunggu hari match esok, Podolski asyik tanya-tanya gua mana nak download video Torres skor gol? Gua pun tak tau. Torres bila nak skor ni? Podolski dah bagi gol angle baik punya. Kesian Podolski kempunan nak tengok video Torres skor gol.


Torres bila lagi nak dapat muka macam ni?


Berbalik kepada cerita awal tadi. Apa yang tak seronok bila 2-1? Pemain suka pijak pemain. Tak bagus. Sila lah main elok-elok. Semua orang nak tengok permainan yang menarik. Okay?


Yep. 2 gol. She's the man!


cut.

Mari Makan Tomyam Brazil!

Gua dah cakap dari awal. Kem Belanda bukan kem pilihan utama gua. Gua lagi suka Argentina dan sedikit Sepanyol. Tapi disebabkan malas berebut dengan badan besar Perbadanan Blog WC, iaitu Fatin dan Say O, maka gua mengambil Belanda yakni pilihan kedua gua.

Dah banyak kali juga gua meramal kemenangan abang Belanda dan kerap kali juga gua diherdik kerna corak permainan Belanda yang agak konservatif dan mengamalkan paradigma yang terlalu singkat dalam ruang paradoks masa yang infiniti. Dalam erti kata lain, Belanda main terlalu berhati-hati.

Pehhh, sudahnya suku akhir Brazil lawan Belanda.

Gua dengar fan Belanda sebelah bilik gua di Cape Town ni dah check out awal pagi lagi. Betapa negatifnya pemikiran setelah melihat proses penapaian cili dek Luis Fabiano dan rakan-rakan.

Perlawanan bermula. Robinho membuka jaringan. Fan Brazil kat sebelah gua dah jeling panas kat gua. Gua angkat jari tengah baru dia berhenti pandang.

2nd half, semua pun ragu-ragu bolehkah Belanda buat comeback. Untuk makluman semua tiada lagi pasukan yang mampu membuat comeback dalam peringkat kalah mati Piala Dunia tahun ini.

Toing! Melo own goal. Toing! Sneijder header. Tetttt! Melo red card.

Fatin sms gua 'pehal kena titik ni?' Err, lu nak tengok team kena titik? Aaaa, lu tengok Argentina sok.

Oklah. Gua nak pergi pub celebrate. Jangan risau, gua tak minum bir, gua nak cari tomyam Brazil ja!

Fin.

Thursday, July 1, 2010

La Furia Roja

Sebelum Say O kenal Espana, gua lebih dulu minat Espana.

Fernando Hierro, Morientes, Joaquin, Mendieta. Semua tu legend masa zaman-zaman gua minat Espana.

Masa zaman Iniesta digunakan sebagai impact player saja di Barca. Masa gua tak dapat kenal pasti yang mana satu Xavi, yang mana Xabi Alonso.

Pernah Torres (gua tak sure sapa cakap, rasanya Torres) cakap pada media 'Spain memerlukan goalscorer seperti Morientes.' Well sekarang dah ada Villa bukan?

Apart from all, gua rasa yang merevolusikan bola sepak Spain dan membuatkan gua minat menonton Spain adalah kerna seorang lelaki.

Encik Raul Gonzalez.

Ya. Dia. Cakaplah apa yang kamu mahu cakap. Villa lagi hebat, Torres lagi laju atau Raul lagi tua. Hakikatnya Raul Gonzalez masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak skuad Sepanyol walaupun sudah hampir 4 tahun tidak bermain dengan Sepanyol.

Ya. Memang Villa sudah dekat. Tapi skuad Sepanyol sekarang dibarisi all-star team. Villa atau Torres (sepatutnya) tidak akan ada banyak masalah untuk menjaringkan gol jika dibantu pemain seperti Fabregas, Xavi dan Iniesta.

Zaman Raul? Dia bermain dalam skuad Real Madrid pada umur 17 tahun. Dan sekarang dia memegang rekod jaringan gol Real Madrid di Eropah, domestik dan juga skuad Sepanyol.

Dalam the Galacticos yang sentiasa membeli penyerang berkaliber tinggi seperti Ronaldo Brazil, Ronaldo Portugal, Owen, Nistelrooy dan Higuain, beliau masih lagi mampu untuk menjaringkan gol setiap kali diberi peluang sebagai impact player.

Dihormati pemain setiap generasi, walaupun Real Madrid telah bertukar jurulatih, one man remain. Raul Gonzalez.

Ya, ini mungkin zaman untuk dia bersara. Tapi selain Zidane dan Ronaldo Nazario de Lima, ini adalah pemain yang aku sanjung dalam skuad Real Madrid.

Gua sarankan Vicente bawa Raul ke mana-mana tournament, jadikan Raul 'Beckham' Spain. Generasi ni, gua masih belum jumpa mana-mana pemain Spain yang boleh sama karisma dengan Raul.

Itu dia. Legend La Furia Roja.


p/s : gua percaya jika ada raul, spain tak akan gegar langsung.

Fin.

Wednesday, June 30, 2010

This Time It's For Real!

Kali ni memang best.

Balik dari PD, terus tido, bangun dan g tengok match paling penting. Spain vs Portugal, live on Astro 2.30 am. Hahahahahahah! Memang berdebar. Cover paper semua tunjuk muka Torres ngan Ronaldo. Cait, dari awal aku agak, Torres tak meletup dalam match ni. Ronaldo pun sama. No space for him.

And how right am I.

Match semalam, Torres ada buat 2,3 try yang dangerous. Cukup untuk tunjuk yang "Gua still bahaya, jangan main2." Villa macam biasa, one word to describe him. Sharp. 5 dari 7 shots on target. Satu gol. GOL yang LAWA build up dia. "Offside reff!!" jerit fan portugal meja sebelah aku. Offside ke? marginal gila.

Aku ngaku dia lagi sharp dari Torres. At least dalam team Spain

Ronaldo semalam kembali ke nama jolokan asalnya. Ronaldo flop-in-big-matches. Haram tak nampak dia threatening langsung semalam. Harap satu free kick je yang bahaya. Nasib baik jugak la. Sumpah risau Spain kena counter semalam. Sebab apa aku risau?

Muka biasa Ronaldo bila kalah

Sebab Portugal main EVERY MAN BEHIND THE BALL. Meaning- semua orang defend, x da sorang pun yang kat atas.

Gila la Portugal..patutla clean sheet banyak..

Spain macam typical Spain, atau yang tak kenal Spain boleh refer ngan Barca. Attack, control, composure, skills, patient, silky football, silky challenges. Patutla ada orang kata Spanish guys are romantic. Baru aku faham..

Dan bila bukak FB bila habis match..ada kata Spain main boring, attack pun tak, tak berani nak attack, gentel bola je lebih, x pandai cari lubang..

Aiya, yang cakap tu buta ke? atau saja membutakan hati?

Mana2 team yang lawan Spain memang aku expect akan main defend gila. Kalo boleh buat macam Portugal, biar semua orang defend. Bila dah defend gila babi camtu,.

Camna ko nak expect Spain untuk main counter macam German ngan Brazil?

Camna ko nak expect Spain untuk score banyak gila?

Camna ko nak expect Spain cari lubang untuk killer pass? Yang mana probability untuk kantoi ada dan 3,4 kali gak la Spain kantoi semalam dan kena counter2 bahaya time 1st half.

Still x paham? Tengok Barca. Semua yang lawan diorang buat cam Portugal main, defend nak mati. Man U, Chelsea, Inter, semua buat benda sama. Yang berani main attack hanya Arsenal. Hasilnya? Kena bantai teruk gila kat Nou Camp season lepas. 4-1 oleh Messi. And it could be more. See?

Messi, best footballer in the world. No doubt

Apapun, aku sronok Spain menang. Lepas ni nak lawan Paraguay. Memang kena perform lagi. Sebab diorang mesti main defend jugak. Memang stress, tapi apakan daya?

Tuesday, June 29, 2010

Demam

Tengok Belanda dan Brazil main semalam, gua rasa nak demam. Hari ni gua dah demam.

Damn.

Belanda main macam pelakon porn saja. Tak ada telo, tak adventur langsung.

Risau tunggu main dengan Brazil nanti. Kalau main macam semalam, memang kena titik lah.

Kalau teruk Belanda kena titik dengan Brazil memang gua bersara la jadi kommentator kem Belanda.

Fin.

Monday, June 28, 2010

Bukan Nganjeng

Entri ni gua dah prepare mau tulis bila England menang, tapi sangkut juga. Damn. Gua tulis juga lah.

Gua tengok England dengan Jerman ni ibarat pertembungan 2 generasi pulak.

Gua saspek kalau pertembungan pengalaman memang teruk budak-budak Jerman ni kena. Paling tua skuad Jerman adalah Jorg Butt yang berumur 36 tahun diikuti Klose, 32 tahun dan Friedrich, 31 tahun. Yang lain semua 20-an.

England?

James sahaja dah berumur 39 tahun. Paling muda Aaron Lennon yang sebaya dengan gua.

Jadi tak ada sebab untuk England kalah disebabkan pengalaman mengatasi segalanya. Gua sering dinganjeng sebegini semasa menyokong Arsenal.

Sudahnya?

Semua orang tahu result Eng vs Jer.

p/s : bundesliga spend a lot more money for their youth academy compared to premier league (commentator game, 2010)

Sunday, June 27, 2010

Gua predict untuk first half ja.

Dengan ini, aku dari kem England ingin memanjatkan kesyukuran, kerana di atas limpah kurnia-Nya, aku tak jadi tengok bola dekat luar, sekaligus menyebabkan aku terpaksa menonton Human Target di TV3.

Lepas ni, boleh lah Rooney balik rumah, main ping pong dengan anak beliau. Caya-lah Rooney, persembahan lu memang terbaik. Selamat kembali ke tanah air.

Prakata German VS Engand.

Toksah cakap banyak, gua ramal match malam ni berkesudahan dengan 2-1.

Lu orang nak dalil bekap, bukak sokkernet. internet rumah gua kurang berkaliber. gua jadi lemau nak bahan German lebih-lebih.