Monday, June 21, 2010

Ada Juga Teman Belanda


Oh. Gua tak buat preview ke? Maaf la. Semalam sibuk berpesta dengan Robben, Snejder dan Elia sebab jadi pasukan pertama layak ke pusingan kedua.

SVK VS PAR


Kem Amerika Selatan memang langkah kanan kali ni. Uruguay, Argentina hanya tinggal 1 mata saja untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Dan setiap negara Amerika Selatan tidak pernah kalah lagi dalam kempen Piala Dunia kali ini. Langkah kanan. Begitu juga Paraguay. Selepas melihat perlawanan ini, pasukan yang terlemah di dalam kumpulan jelas sekali adalah Slovakia. Mereka tidak punya ketahanan mental seperti mana Itali dan New Zealand walaupun punya pemain berbakat seperti Hamsik dan Skrtel. Sudahnya mereka ditapau Paraguay dengan mudah.

Kata Bookie : Seri 0-0
Keputusan Perlawanan : Paraguay menang 2-0

MAN OF THE MATCH : ENRIQUE VERA

ITA VS NZL


Perlawanan ibarat anak ikan lawan bapak ikan. Ramai yang menjangka New Zealand akan dititik oleh Itali kerana New Zealand bukanlah kuat mana pun. Dengan Australia pun tak boleh pergi, ye dak? Sudahnya kem Itali pulang hampa. Malas cakap banyak. Mungkin salah Lippi tidak membawa Giuseppe the ex MU Rossi bersama. Kerana kita sudah tengok betapa ramai pemain ex MU yang cemerlang di World Cup ini. (Forlan in specific)

Kata Bookie : Itali menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Seri 1-1

MAN OF THE MATCH : DANIELE DE ROSSI

BRA VS CIV


Wah, konon pasukan terbaik Amerika Selatan melawan pasukan terbaik Afrika. Berjayakah Brazil meneruskan prestasi baik pasukan Amerika Selatan yang semuanya menang pada perlawanan kedua kumpulan masing-masing? Sudah tentu. Tanpa Ronaldinho, Ronaldo, skuad Brazil dianggap sama rata. Tiada star, semua pemain bola. Dan mereka bermain sebagai 1 pasukan. Gol kedua mungkin double hand ball, tapi gol pertama dan ketiga adalah klasik gol Brazil. Seronok meraikan kem angkat gua ke pusingan kedua. Aih, pandai pula gua memilih kem kan derr? Sepanyol apa cer esok?

Kata Bookie : Seri 1-1
Keputusan Perlawanan : Brazil menang 3-1

MAN OF THE MATCH : LUIS FABIANO

Fin.

Ala, Droggy je pon

Memandangkan wakil dari kem Brazil tengah sibuk mencari jalan mudah untuk *ehem eheeem*, maka, gua dari kem *tuuut* dengan rela hati membuat sedikit preview game Brazil - Ivory Coast.

Hari tu, Droggy tak berapa nak style. So, gua rasa kali ni dia mungkin perform tip top sikit. Start season baru nanti boleh eksyen dengan Lampard. So, gua predict match ini berakhir dengan jumlah jaringan 2 - 1 untuk Brazil, 1 untuk Eboue.

Sekian.

Sunday, June 20, 2010

Belanda dah Layak! England Bila Lagi??

NED VS JAP


Tak ada yang expect game ni akan jad attacking football. Dengan taktikal 5-man midfield dan zonal marking yang agak berdisiplin oleh Jepun pada perlawanan pertama, gua dah boleh jangka Jepun akan main defensif dan Belanda terpaksa adopt dengan patient passing untuk memecahkan formasi pasukan Jepun. Bukan senang sebab Jepun adalah pasukan yang paling berdisiplin setakat ini. Tapi tak ada hal lah, sms Snejder semasa separuh masa pertama sebelum dia menjaringkan gol dan melayakkan Belanda ke pusingan kedua. Tak apalah 1 gol ja, game Jerman semalam pun 1 gol juga ye dak? Ada orang tanya mana 6-0? Ni dia. Point Belanda sekarang 6. Point Sepanyol sekarang 0. 6-0.

Kata Bookie : Belanda menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Belanda menang 1-0

MAN OF THE MATCH : WESLEY SNEJDER

GHA VS AUS


Perlawanan yang jauh lagi untuk menentukan tempat ke pusingan kedua. Disebabkan kekalahan pasukan fevret kumpulan semalam, kumpulan ini dah jadi siapa-siapa pun boleh layak macam kumpulan England. Menang, Australia akan berkongsi 3 mata dengan semua pasukan dalam kumpulan ini. Tapi entah kenapa, macam ada voodoo pula. Semua pasukan macam nak saja bagi penalti pada Ghana. Dah dua game dah ni. Jerman kena jaga-jaga lah lepas ni. Asamoah Gyan lain sikit dengan Podolski. Dia sepak masuk gawang.

Kata Bookie : Ghana menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Seri 1-1

MAN OF THE MATCH : ASAMOAH GYAN

CAM VS DEN


Perlawanan kurang menarik kumpulan E. Kedua pasukan perlu menang. Terutamanya Cameroon. Kalah dalam perlawanan ini, Cameroon akan terkeluar terus dari World Cup. Tapi menang untuk Denmark akan mengesahkan tempat pusingan kedua kepada pasukan Belanda. Well semua orang dah tau keputusan perlawanan. Rasa sayang juga tak tengok, ramai veteran 2002 yang menjadi idola gua dulu seperti Rommedahl dan Tomasson.

Kata Bookie : Denmark menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Belanda menang 2-1

MAN OF THE MATCH : DANIEL AGGER

Fin.

Saturday, June 19, 2010

Slovenia 0 - 0 Golden Generation (my arse!)

*trrrt*
Oi, apa cer? 2 game seri. main mcm budak tadika kemas sg jambu.

*trrrt*
oi, lu ayat lawa sket. budak sekolah rendah batu 13.

*trrrt*
main slow2 ja. takut kena titik mcm jerman la tu. lepas tu sampai depan, huru-hara. mourinho's style my ass!

*trrrt*
bukan salah gua dok. gua main pon tak malam tadi.

*trrrt*
apsal lu tak main? dok kasi lampard main pasai pa tak taw.

*trrrt*
nk buat macamana. dia bukan kawtim sgt dgn midfield psukan sandarkan pada kenangan tu.

*trrrt*
pandai je kan lu kasi alasan. gua kasi lu last chance untuk last match. jgn main mcm dak sekolah rendah batu 13 lagi.

*trrrt*
oi lek r der. tak kan dah abes kredit kot?

...

*trrrt*
oi, jangan r merajuk der. gua abes nanti, kita lepak sama2 jom.

*trrrt*
gua tak maw lepak dengan team yg balik awal. kalau lu balik awal, g temankan klose main congkak. gua dgr dia kena pulau.

Le Oranje Cuba Demi Anda!!

Buat pengetahuan pihak-pihak yang berkenaan, logo yang dijadikan header blog di atas adalah top 10 dalam FIFA ranking. Ranking FIFA pada masa artikel ini ditulis adalah seperti berikut.

  1. Brazil
  2. Sepanyol
  3. Portugal
  4. Belanda
  5. Itali
  6. Jerman
  7. Argentina
  8. England
  9. Perancis
  10. Croatia
Dan sepertimana yang kita tahu, Croatia tidak layak ke Piala Dunia. Kalau tak gua dah jadi kem Croatia dah.

Minggu ini umpama minggu badi pada top 10 ini. Hanya Argentina yang boleh kata gah sebab ada 'Messi Magic'. Dan Brazil. Yang agak boleh tahan melawan Korea Utara.

Team lain? Perancis. Boleh kata sudah terkeluar dari kempen Piala Dunia dengan semangat malas main bola mereka. Barangkali mereka bercadang untuk bercuti di tasik Cini sebab itu pulang awal.

England. Selain Argentina, England adalah satu-satunya pasukan yang tidak lagi kalah dalam kempen Piala Dunia selepas 2 perlawanan! Tahniah!

Jerman. Agak hebat. Memang hebat. Kata penulis kem sangat hebat bermain congkak. Kelebihan bermain bola masih lagi cuba dianalisis selepas dititik oleh Serbia semalam.

Itali. Dengar kata Buffon sakit belakang. Gua suggest dia datang rumah urut di Songkhla bagi mengubat belakang beliau.

Portugal. Jangan cakap lah. Lepas ni lawan Korea Utara. Dengar cerita Ronaldo dah goyang dah tu.

Sepanyol. Gua malas cakap banyak. Kata Say O, banyak pasukan suka parking bas depan gol bila menentang Sepanyol. But then tak ada rule pun tak boleh park bas depan gol. Eh, ada ea?

Belanda. Dalam dua hari ni malang betul nasib Top 10 FIFA. Asyik kalah atau seri. Hari ini satu lagi top team FIFA akan bertempur Kamikaze dengan Jepun.

Apa kata Shebby? Apa kata Hasbullah Awang? Apa kata Dato Rahim Razali?

Semua sependapat Le Oranje akan menang bergaya.

Tapi gua malas lah nak riak, kata orang tua-tua. Biarlah gua berpijak pada bumi yang nyata.

Okay, fine.

Belanda menang 6-0.

Fin.

Fixture 19 & 20 Jun


19 JUNE 2010

7.30 mlm

Game ni gua malas nak preview secara terlebih bersemangat. Maklumlah lawan Jepun. Boleh tahan gagah jugak lah. Bukan macam Serbia. Orang cakap jangan terlalu riak, nanti jatuh menyembah bumi. Tu, kalau tuhan nak tunjuk sekejap ja tu. So gua takde hal lah. Gua dengan Jepun gua kaw tim jugak lah. Sebab Robben tak main gua tak mengharapkan apa-apa. Cuma menang 6-0.

10.00 mlm

Game mudah sangat ni. Australia menang, group ni terbuka luas sebab semua team menang 1. Ghana menang, Ghana akan jadi pasukan Afrika yang paling cemerlang. Amacam? Kem Jerman dah takut-takut jugak tu. Takut Ghana menang 5-0. Kira Ghana lagi kuat lah ye dak?

20 JUNE 2010

2.30 pg

Game penentuan tempat kedua Group E. Tak ada hal lah Denmark. Tak ada Bendtner, masih ada Agger. Kali ni harap-harap Agger boleh skor pada gol yang betul. Eto'o, cukup-cukuplah main ragbi. Jap lagi kite main bola sepak pulak ye dak?

Fin.

Baby, Baby, Baby Yawwww~~

GER VS SER


Heboh kem Jerman baru-baru ni. Main congkak lah, kem paling prolifik lah, bergaya dengan Jabulani lah. Maklumlah baru berpesta gol dengan menitik Australia 4-0. Menentang Serbia, pasti kem Jerman turun berkeyakinan. Yang penting kem Jerman turun dengan kit baru seperti diuar-uar entri di bawah. Sumpah memang bergaya! Sumpah! Akhirnya kalah juga. Well, bukan salah siapa. Bukan salah Podolski. Vidic dah kasi can dah tu.

Kata Bookie : Jerman menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Serbia menang 1-0

MAN OF THE MATCH : VLADIMIR STOJKOVIC

SLV VS USA


Ini game klasik setakat ini. Slovenia turun sebagai pasukan yang memang bawah anjing. Tiada satu pun pemain yang merupakan pemain EPL atau pemain sandaran Slovenia. Semua sama. Namun habis saja separuh masa pertama, mereka mendahului USA dengan 2-0. Klasik bukan? Belum lagi. Habis saja separuh masa kedua, USA pula membuat pengembalian dengan menjaringkan 2 gol. Kedudukan seri. Game klasik. Peminat England dah panas. Ini peluang baik untuk mengesahkan tempat pusingan kedua.

Kata Bookie : USA menang 1-0
Keputusan Perlawanan : Seri 2-2

MAN OF THE MATCH : LANDON DONOVAN

ENG VS ALG


Game yang menarik sms Robben dalam nada sarkastik. Sudahnya the People Rooney lagi perform dari Rooney sendiri. Bukan salah siapa, salah England sendiri. Mereka kurang mengambil risiko. Well, sekurangnya England tidak pernah kalah lagi seperti kem Jerman. Gua harap England seri lagi dengan Slovenia nanti. Kalau jadi gua belanja Rooney roti telur.

Kata Bookie : England menang 2-0
Keputusan Perlawanan : Seri 0-0

MAN OF THE MATCH : ASHLEY COLE

Fin.