Aku minat Arsenal sebelum zaman Invincible. Masa zaman Arsenal leading MU 5 point lebih, tapi kalah last game dengan Leeds ke apa tah dan kalah EPL dengan MU.
Dan zaman tu juga aku dah kenal Liverpool.
Zaman Gerard Houllier beli El Hadji Diouf sebelum Piala Dunia 2002, dan masa Piala Dunia dia meletop, masa main di Liverpool dia main macam setan. Zaman Owen memang gila-gila power. Zaman ada Heskey partner Owen dan Fowler.
Aku tak tahu berapa ramai Kops sekarang kenal Liverpool masa tu. Sebab bagi kawan aku, yang juga peminat Liverpool, zaman tu Liverpool tak kuat.
****
Emile Heskey
Andrew Carroll
Aku sedikit tertarik bila tahu King beli Carroll. Sebab Carroll ni ada sedikit kena mengena dengan salah seorang ex Liverpool yang agak femes juga iaitu Heskey.
Persamaan :
* Houllier beli Heskey masa dia main England under 21. Pemain muda. Sama macam Carroll.
* Masing-masing rekod signing. Heskey 11 juta, Carroll 35 juta.
* Pengurus beli untuk menggantikan penyerang prolifik kelab mereka. Heskey sebagai peralihan untuk menggantikan Fowler, Carroll untuk menggantikan Torress.
* Masing-masing ada body yang kuat. Dan kekuatan ni yang digunakan sebagai strategi untuk accomodate pasangan penyerang yang laju. Heskey-Owen. Carroll-Suarez.
****
Okay, jangan pandang rendah Heskey. Dia adalah sebahagian anggota kelab yang menang Treble tahun 2001. Tapi season selepas tu dia flop, flop dan flop.
Persoalannya : Di atas persamaan di antara dua permain ini adakah Carroll pun akan flop juga?
****
Fakta :
Kops jangan cepat sangat cakap sejarah tak mungkin berulang. Tahun 1978 Pope John Paul I mati misteri (ada dalam Angels and Demon) dan pada tahun yang sama Liverpool menang European Cup. Dan pada tahu 2005 Pope Benedict mati dan kita semua tahu apa yang terjadi di Liverpool pada tahun tu.
1978
2005
So, adakah sejarah akan berulang lagi?
fin.